Etty Nasaruddin
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Etty Nasaruddin, Lawyer & Law Firm, Messrs Izzati & Associates, A-11, Jalan Bayu Laut 15B/KS09, One Kesas, Tmn Pendamar Indah 2, Klang.
23/01/2025
Ada yang tengah berkira-kira sama ada nak pilih LPPSA atau pinjaman bank untuk beli rumah? Jom kita bincang sikit.
LPPSA ni ada kelebihan sendiri. Contohnya, ia benarkan pinjaman untuk ubah suai rumah, tapi hanya untuk tambah keluasan rumah ya. Kalau nak buat landskap atau beli perabot, tak boleh.
Lagi satu, tak ada faedah dikenakan semasa pembinaan rumah, jadi anda cuma mula bayar ansuran selepas rumah siap sepenuhnya. Berbeza dengan pinjaman bank yang anda kena bayar faedah bulanan sepanjang projek.
Menarik juga, kalau anda penjawat awam yang diluluskan cuti separuh atau tanpa gaji, anda boleh mohon penangguhan bayaran balik. Sesuai untuk mereka yang nak sambung belajar atau jaga anak.
Jadi, mana satu lebih baik, LPPSA atau pinjaman bank? Semua bergantung pada situasi kewangan dan matlamat anda. So, pilihlah dengan bijak, dan semoga berjaya memiliki rumah impian anda! 🏡
Kalau ada pengalaman atau soalan, jom kongsi kat komen! 😊
❤️
Izzati Nasaruddin
Peguam Hartanah
https://bio.link/ettynasaruddin
21/01/2025
Pernah dengar orang kata beli tanah dulu lebih baik daripada rumah? 🤔 Betul ke itu lebih baik?
Pertama sekali, ingat tentang pengecualian setem duti! Kalau anda beli rumah kediaman sebagai hartanah pertama, anda layak untuk dapat pengecualian setem duti. Tapi, kalau beli tanah atau kedai, maaflah, pengecualian ini tak dapat ya. 😅 Dan kalau anda dah ada harta pusaka, atau pernah menjual hartanah sebelum ni, anda juga tak layak untuk pengecualian.
Kedua, sebagai pembeli rumah pertama, anda mungkin layak beli rumah kos rendah. Tapi, jika anda dah beli tanah atau rumah lain dulu, peluang untuk beli rumah kos rendah tu hilang. 😔
Dan satu lagi, loan! Kalau beli rumah, ada peluang dapat loan 100%, tetapi kalau beli tanah, loan hanya sampai 75% sahaja. Jadi, fikir-fikirkanlah betul-betul sebelum buat keputusan. Pastikan pelaburan anda berbaloi dan bermanfaat. 🏡
Ada soalan atau nak kongsi pengalaman? Tinggalkan komen di bawah ya!
❤️
Izzati Nasaruddin
Peguam Hartanah
https://bio.link/ettynasaruddin
13/01/2025
Pernah tak anda terfikir, kenapa rumah murah sering jadi pilihan ramai orang? 🤔 Tapi, awas! Kadang-kadang ada risiko besar yang mungkin anda tak sedar! 🚨 Terutama kalau harga rumah terlalu murah, biasanya mesti ada masalah yang mungkin disembunyikan 🏚️.
Memang sengaja saya gunakan perkataan "DISEMBUNYIKAN" sebab inilah kerja orang yang bertanggungjawab. Contohnya, isu pemilikan tanah yang tidak jelas! 📜 Kadang-kadang yang menjual itu pun bukan pemilik sebenar. Saya pernah ada klien yang bayar deposit kepada orang yang bukan-bukan. ⚖️
Masalahnya, bila dah bayar, baru cari peguam. Macam mana nak tolong kalau sebenarnya anda dah bayar kepada scammer? Jalan terakhir, buatlah laporan polis.
😱 Jadi, dengarlah baik-baik, sebelum nak bayar, pastikan semak dulu siapa pemilik sebenar dan sekatan hartanah yang ada. Pastikan juga ada hitam putih berkaitan pembayaran tersebut. 🔍
Kalau nak selamat, lantiklah agen hartanah yang berdaftar atau peguam hartanah untuk membantu anda dari awal proses jual beli. 💼 Tak salah nak beli rumah murah, cuma elakkan daripada ditipu! Klik 'follow' untuk lebih banyak tips hartanah! 🚀
❤️
Izzati Nasaruddin
Peguam Hartanah
https://bio.link/ettynasaruddin
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Messrs Izzati & Associates, A-11, Jalan Bayu Laut 15B/KS09, One Kesas, Tmn Pendamar Indah 2
Klang
41200