miyz_lala

miyz_lala

Share

Ingin membimbing 1000 penyimpan emas berilmu. S**a berkongsi ilmu emas & ilmu kewangan.

14/10/2025

Emas naik 50% Jan-Okt 2025, tak sampai setahun. Kawan-kawan belajarlah simpan emas.

09/02/2025

Emas adalah aset.
Bukan liabiliti.

Emas memang mahal.
Dan akan jadi semakin mahal.

Emas bukan sekadar untuk ‘buy low, sell high’.
Kritikal diperlukan saat darurat. Who knows?
Sebab tu orang pilih emas fizikal.

Emas adalah ‘insuran’ kepada hasil titik peluh kita.
Sistem bank boleh collapse dan pernah berlaku sebelum ini.

Emas adalah matawang global secara fitrah.
Semua negara di dunia memperakui nilai emas.

Sebab tu laku kalau di jual di mana-mana negara di dunia.

Public Gold adalah jenama emas yang jual emas khusus untuk simpanan dan pelaburan.

✅ Ada cawangan seluruh negeri. Mudah untuk urusan jual balik emas.
✅ Emas dari sekecil 0.25 gram hingga 1 kilogram.
✅ Anda boleh beli sebanyak mana dan simpan sendiri emas eg sewa safe deposit etc.
✅ Urusan jual beli 24 jam
✅ Public Gold juga beli emas jenama ABC dan barang kemas terpakai dengan harga tinggi.

Begitulah.

24/12/2024

Kos Haji 1446H/2025M meningkat?

Tabung Haji telah mengumumkan kos mengerjakan haji bagi tahun 1446H/2025M mengikut kategori seperti berikut:
B40 : RM15,000
M40 : RM23,500
T20 : RM33,300
Tahniah Kepada Semua Bakal Jemaah Haji 2025.

Berikutan pengumuman ini, terdapat pelbagai ulasan mengenai kenaikan kos haji bagi kategori B40 & M40 berbanding tahun 2024. Betul, dalam nilai RM kos haji meningkat banyak.

Jom kita buatkan sedikit kiraan di sini.
Kos haji bagi tahun 2024 dan peratusan kenaikan untuk tahun 2025 adalah seperti berikut:
B40 : RM12,356 -> RM15,000 : 21.4%
M40 : RM19,152 -> RM23,500 : 28.7%
T20 : RM33,300 -> RM33,000 : 0%
Meningkat 21.4% untuk B40 dan 28.7% untuk M40 berbanding tahun 2024.

Namun, tahukah anda bahawa kos Haji 2025 TIADA PENINGKATAN dengan simpanan EMAS.

Bagi tahun 2024, dengan harga emas sekitar RM330/gram, kos haji adalah:
B40 : RM12,356 : 38 gram (9 dinar)
M40 : RM19,152 : 58 gram (14 dinar)
T20 : RM33,300 : 101 gram (24 dinar)

Bagi musim haji tahun 2025 p**a, dengan harga emas sekitar RM415/gram, kos haji adalah:
B40 : RM15,000 : 37 gram (9 dinar)
M40 : RM23,500 : 57 gram (14 dinar)
T20 : RM33,300 : 81 gram (20 dinar)

** dibulatkan kepada gram & dinar

Daripada analisis ringkas ini, kita dapat lihat bahawa dengan simpanan emas, kos mengerjakan haji bagi 2024 dan 2025 untuk kategori B40 dan M40 adalah sama iaitu masing-masingnya 9 dinar dan 14 dinar.

Bagi kategori T20 p**a, kos mengerjakan haji bagi 2025 adalah 4 dinar lebih rendah berbanding kos untuk 2024.

Dengan simpanan EMAS, kos Haji 2025 tidak naik untuk kategori B40 dan M40, malahan lebih rendah untuk untuk kategori T20.

Bagi anda yang menunggu giliran haji untuk beberapa tahun akan datang, mulakan simpanan dana haji dalam bentuk emas. Ini kerana emas dapat memegang nilai dengan lebih baik berbanding matawang.

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Klang
41200