Organic Soil
DISCLAIMER;
This page is not a real business page. This page is for educational purposes to fulfill our Principles of Entrepreneurship Course (ENT530).
02/01/2022
DAPAT APA BERKEBUN NI?
Hobi berkebun ini boleh dijadikan sebagai salah satu terapi untuk menenangkan diri sambil bersantai bersama keluarga tersayang.
Nik Intan Suhana Nik Mahlin, antara yang menjadikan hobi berkebun sebagai satu cara untuk dirinya bereksperimen dengan tanaman yang dianggap tidak sesuai ditanam di negara ini.
Menariknya, semua tanaman itu hidup subur, malah membuahkan hasil untuk dinikmati bersama keluarga dan sahabat.
“Selain untuk mengisi masa lapang, kita dapat makan sayuran organik. Selain itu, dengan berkebun setiap hari dapat menjadi satu senaman kerana kita akan berpeluh seperti berjoging. Malah, setiap kali tanam pokok, saya merasakan seolah-olah saya ‘tanam’ sekali semua masalah,” katanya.
Menurutnya, hobi ini banyak mengajar erti kesabaran kerana daripada percubaan pertama gagal, kita akan terus mencuba hingga berjaya, malah dapat makan hasil tanaman sendiri memang satu kepuasan tidak terhingga.
Hobi itu juga katanya sebagai anti tekanan yang baik, memberi ketenangan selepas melihat kehijauan setiap hari.
Like & share page Organic Soil untuk dapatkan infi yang lebih menarik.
02/01/2022
TAK TAHU NAK BUAT CAMPURAN TANAH UNTUK SAYUR?
Ramai sekarang tanam sayur dirumah.Tanam sendiri lebih baik, dapat jimat p**a tu. Kesihatan pun dapat jaga. Tapi yang menjadi masalahnya adalah cara campuran tanah untuk sayur.
3 Formula Campuran Tanah:
1. Campuran Tanah 3:2:1 (tanah atas:bahan organik:pasir)
- sesuai untuk segala jenis tanaman
2. Campuran Tanah 2:1:1 (tanah atas:kompos:sabut kelapa halus)
-memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
3. Campuran Tanah 1:1:1 (tanah atas:bahan organik:pasir)
-sesuai untuk tanaman semaian
Apabila kita membuat campuran tanah mengikut formula tersebut, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
Like & share page Organic Soil untuk dapatkan info yang menarik tentang tanaman.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Lot 15611, Jalan Banting Kampung Idaman, Perlabuhan Klang
Klang
42000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 19:00 |
| Tuesday | 09:00 - 19:00 |
| Wednesday | 09:00 - 19:00 |
| Thursday | 09:00 - 19:00 |
| Friday | 09:00 - 19:00 |
| Saturday | 09:00 - 19:00 |
| Sunday | 09:00 - 14:00 |