GIATMARA Kapar
Pembelajaran & Penyertaan Giatmara Dalam Pertandingan Di Malaysia,Diharap Perkongsian ini dapat dimanfaatkan kepada semua
25/07/2025
Program Kursus Jangka Pendek Pendawaian Elektrik GIATMARA Kapar Berakhir Dengan Jayanya ⚡
Kursus yang berlangsung selama dua hari pada 23 hingga 24 Julai 2025 ini telah berjaya menarik penyertaan individu yang berminat untuk mendalami ilmu pendawaian litar pencahayaan dan kuasa, termasuk pemasangan KFA.
Sepanjang program, peserta didedahkan dengan gabungan teori dan latihan praktikal secara langsung, seperti yang dapat dilihat dalam gambar di mana fokus dan kesungguhan jelas terpancar ketika menjalankan tugasan pendawaian sebenar.
GIATMARA Kapar terus komited dalam menyediakan latihan kemahiran teknikal yang relevan dan berkualiti dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir selaras dengan keperluan industri.
Tahniah kepada semua peserta!
Kami menantikan penyertaan anda dalam siri kursus akan datang.
Tarikh: 23 hingga 24 Julai 2025
Masa: 9am-4.30pm
Tempat: GIATMARA Kapar
25/07/2025
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak SMK Bukit Kapar atas penganjuran Pameran Sempena Minggu Informasi Pendidikan dan TVET. Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang ini telah membuka ruang besar kepada para pelajar untuk memahami dengan lebih jelas tentang laluan pendidikan lanjutan serta peluang kerjaya dalam bidang kemahiran. Sambutan yang amat luar biasa membuktikan minat pelajar terhadap dunia TVET yang kini semakin relevan, moden dan berdaya saing.
Kami juga merakamkan jutaan terima kasih kerana sudi menjemput GIATMARA Kapar bersama dua orang wakil pengajar hebat yang begitu bersemangat berkongsi ilmu dan pengalaman. Kehadiran mereka telah berjaya mencuri perhatian ramai pelajar yang kini mula menyedari bahawa kemahiran adalah tiket masa depan yang bernilai tinggi.
Tarikh 23 Julai 2025
Masa: 8.30am - 2pm
Tempat: SMK Bukit Kapar
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Website
Address
Jalan Rantau Panjang
Klang
42100