Muhammad Syaril Showkat Ali
Anggota KEADILAN Cabang Kota Raja
31/12/2025
Selamat Tahun Baharu.
Tirai ini saya tutup dengan tenang, menandakan berakhirnya satu fasa pengabdian bersama Halal International Selangor (HIS Toyyiba).
Alhamdulillah, hari ini HIS Toyyiba berdiri teguh di persada dunia, membuktikan bahawa usaha yang jujur, apabila dipimpin dengan niat yang betul, tidak pernah dikhianati masa.
Berat untuk melangkah pergi,
namun saya yakin, perancangan Allah sentiasa lebih indah daripada kehendak insan.
Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, atas sokongan berterusan terhadap inisiatif Halal terbaik demi kesejahteraan rakyat. Terima kasih kepada Mantan Exco, YBhg. Ustaz Zawawi Mughni, atas kepercayaan besar yang diberikan untuk saya mengemudi sebuah amanat agama yang begitu berat nilainya.
Penghargaan turut saya tujukan kepada Puan Hajah Norita, Mantan CEO MBI, serta YM Puan Raja Nor Izzah, Mantan ALP HIS Toyyiba, yang sejak tahun 2020 merencanakan hala tuju organisasi ini bersama saya & Ustaz Zamri di Pejabat Exco, asas yang membentuk perjalanan hari ini.
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB Dr. Fahmi Ngah atas kepercayaan dan tempoh percubaan yang diberikan sewaktu saya menanggung tugas KPE HIS hampir 2 tahun. Namun, saya menerima nasihat supaya dapat mempelajari ilmu bagi mentadbir syarikat.
Terima kasih kepada YBrs. Dato’ Saipolyazan, GCEO MBI, ALP Dato’ Hassan, Dato’ Lukman, Dato’ Shahzihan, Dato’ Johary, serta Tuan Haji Yahya Sahri, yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam memperhalusi dan memperkemaskan matlamat Halal negeri ini.
Kepada Tuan Khushairi Lasar, KPE HIS, terima kasih atas peluang sepanjang separuh penggal ini untuk saya mengemudi sayap perniagaan antarabangsa, satu amanah yang saya junjung setulus hati.Dan sentiasa memberi saya seluas ruang untuk berkarya tanpa batasan. Tq Chief !
Dan kepada seluruh warga kerja HIS Toyyiba, bermula dengan 4 orang, kini hampir 28 insan yang bekerja sebagai satu keluarga, terima kasih atas kesetiaan, kesabaran dan semangat yang tidak pernah pudar.
Semoga HIS Toyyiba terus melangkah jauh, terus memimpin dan terus menjadi obor Halal yang menerangi dunia.
Selamat Maju Jaya !
24/12/2025
Merry Christmas 2025
May this season of joy bring peace, compassion and renewed hope to you and your loved ones. Wishing you a meaningful celebration filled with warmth and unity.
Syaril Ali
04/09/2025
Hari ini kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ hanya bukan sekadar mengingati tarikh tetapi meneguhkan semula janji kita kepada risalah Baginda.
Rasulullah ﷺ mendidik kita agar:
🔥berkata benar walaupun pahit,
🔥jangan sekali-kali membiarkan yang salah dipandang benar,
🔥berani melawan walaupun seorang diri.
Inilah prinsip yang membezakan umat yang beriman daripada mereka yang hanyut dalam arus dunia yang menipu daya.
Namun di akhir zaman ini, kita melihat ramai yang memilih diam, ada yang sanggup menyokong penipu, ada p**a yang mengangkat tangan kepada zalim. Inilah saatnya kita kembali kepada sunnah Baginda ﷺ, jangan gentar menegakkan kebenaran, jangan tunduk pada kebatilan.
Selagi kita berpegang pada ajaran Nabi, maruah dan kekuatan umat tidak akan hilang. Salawat dan salam ke atas Rasulullah ﷺ, uswah sepanjang zaman.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Website
Address
Klang