Zstars Collection
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Zstars Collection, Food & Beverage, Taman Cempaka Sari, Batu 4, Jalan Kapar, Klang.
18/12/2025
"ISTIGHFAR" 300 Kali Sehari Selama 41 Hari
Dalam surat Nuh ayat 10-12 Allah ta'ala berfirman :
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
“Maka Aku berkata (kepada mereka), Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu fan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (p**a didalamnya) untukmu sungai-sungai”. (S.Nuh [71]: 10-12)
............................................................................
Saya nak kongsi ilmu pada sahabat, tentang istighfar ni, amalan arwah Tok Guru Baba Aziz dari Kelantan semasa masih hidup.
Dia kalau datang Kemaman, saya dan suami selalu jumpa dia. Dia selalu cakap pada saya dan suami.
Kita kena banyakkn istighfar. Hari-hari istighfar jangan tinggal, tetapi arwah Baba bagitahu saya, hanya sebut Astaghfirullahal'azim. Tu saja sebutannya. Arwah suruh baca Hari-hari sebanyak 300 kali. Jangan tinggal. Lepas saja kita istighfar, kita angkat tangan berdoa pada Allah mohon keampunan dulu. Lepas tu barulah kita mohon hajat kita.. Insyaallah..
Allah akan tolong kita dalam segala masaalah, dari kesempitan rezeki dan segala masalah kita yang tak boleh kita selesaikan. Allah akan selesaikan.
Ada seorang hamba Allah di Kemaman, anak dia hisap dadah. Ayah dia dah puas berubat. Macam-macam, tapi anak dia tetap hisap dadah. Sehinggalah dia jumpa arwah Baba Aziz. Baba hanya bagitahu dia. Kamu kena baca istighfar sebanyk 300 kali sampai 41 hari jangan tinggalkan biar cukup 41 hari, kalau tertinggal. Kena ulang semula sampai 41 hari.
Suami isteri kena baca. Berkat dengan keyakinan tu, mak dan ayah dia baca, Alhmdulillah, anak dia menjadi pulih. Sembuh dari ketagihan menghisap dadah..
Tok Guru kata, "kadang-kadang kita tak sedar masa zaman muda kita. Kita Ada buat salah. kita tak minta ampun pada Allah. Tu Allah beri pada anak-anak kita atau anak cucu kita. Dugaan pun tu atau sebaliknya."
Saya teringat pesannya. Kalau ada masalaah apa-apa. Istighifar hari2 sebanyak 300 ratus kali. Insyaallah. Allah akan permudahkan segala masalah kita. Bacaannya pendek. Astagfirullahal'azim tu saja sebutannya. Amalkan setiap hari
Insyaallah segala masaalah besar atau kecil. Allah akan tolong.
Tok Guru kata. Ibarat kita nak sesuatu daripada Allah, tapi kita tak minta ampun dosa-dosa kita dengan Allah. Macam mana Allah nak kabulkn doa kita. Sebab kita dinodai dengan dosa-dosa. Tak kira dosa kecil atau besar.
Kalau kita tak minta ampun dariNya. Mana boleh minta terus tanpa kita memohon keampunan pada Allah.
Pakat-pakat kita nanti amal okay 😊
CnP. Moga2 bermanfaat dan diamalkan terus.
22/10/2025
Ujian Rumahtangga Tak Kira Berapa Lama Usia Perkahwinan
Rumahtangga ni macam naik roller coaster. Baru kahwin rasa seronok, pegang tangan kuat-kuat. Masuk tahun ke-5 tangan masih pegang tapi pegang remote TV. Tahun ke-15, tangan masih pegang jugak tapi tangan tu pegang list barang dapur sambil isteri pesan, “Jangan lupa bawang, jangan lupa susu pekat”
Hakikatnya, ujian dalam perkahwinan memang tak kenal usia. Baru setahun kahwin mungkin diuji dengan belajar hidup sebumbung. Baru tahu pasangan tu tidur berdengkur macam lori reverse. Dah 10 tahun kahwin pun tetap ada ujian, mungkin bab kewangan, anak-anak remaja atau pun bab ‘"eh kenapa kau tak jawab mesej aku padahal aku nampak kau online?’".
Pengalaman dan pengajarannya,
Komunikasi itu ubat.
Kalau kita simpan dalam hati, lama-lama meletup macam periuk nasi elektrik takde air. Belajar cakap terus, tapi lembut. Jangan guna suara "‘speaker surau’".
Belajar reda.
Kadang kita tak dapat semua benda yang kita nak. Nak suami romantik setiap hari? Realiti dia, kadang suami pun lupa tarikh lahir sendiri apatah lagi tarikh kahwin. Yang penting dia tak lupa yang dia dah berkahwin. Ini penting!
Saling hormat.
Hormat tu bukan masa awal kahwin saja. Walau dah beruban, walau pasangan dah s**a ulang cerita sama 40 kali kita tetap kena hormat. Itu tanda cinta. Kau tengok Asetero ulang cerita yang sama banyak kali tak bising p**ak.
Rumahtangga bukan tentang siapa paling lama bertahan tanpa bergaduh tapi siapa paling cepat sejuk lepas gaduh. Kadang, gaduh pasal benda remeh pun boleh jadi manis untuk dikenang. Hari ni gaduh sebab suami lupa beli kicap, esok lusa bila dia dah tiada benda tu jugak yang buat kita senyum sendiri.
Jadi, jangan pelik kalau kita diuji walaupun usia perkahwinan dah masuk 20, 30 tahun dan 40 tahun sekalipun.
Itu tanda kita ni manusia. Yang penting, kita jangan lupa rumahtangga ni bukan pertandingan siapa paling sempurna tapi siapa paling sabar. Selagi kita bernafas ujian tetap ada.
Dan kalau bergaduh tu, janganlah lama sangat. Pagi merajuk petang dah berbaik. Maksud aku, janganlah tunggu sampai hati tu tawar. Kalau tawar jangan p**ak ditambah garam aje darah tinggi Pakcik kau nanti.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Taman Cempaka Sari, Batu 4, Jalan Kapar
Klang
42100