Molek

Molek

Share

Jual, beli ,sewa hartanah dan mesin. Nasihat kewangan dan pelaburan hartanah.

25/05/2022

๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ญ-๐”๐ฉ ๐€๐ซ๐ž๐š ๐•๐ฌ. ๐‹๐š๐ง๐ ๐€๐ซ๐ž๐š: ๐€๐ฉ๐š๐ค๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐›๐ž๐ณ๐š๐š๐ง๐ง๐ฒ๐š?

Tahukah anda, ada 2 maklumat saiz yang perlu kita ambil tahu jika hendak membeli rumah jenis landed seperti teres, semi-D, banglo atau lain-lain?

Iaitu: ๐ฟ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐ด๐‘Ÿ๐‘’๐‘Ž dan juga ๐ต๐‘ข๐‘™๐‘–๐‘ก-๐‘ˆ๐‘ ๐ด๐‘Ÿ๐‘’๐‘Ž.

1๏ธโƒฃ LAND AREA
Secara ringkasnya, land area atau luas tanah adalah luas kawasan lot tanah rumah tersebut. Kebiasaannya diterangkan dalam bentuk "(xx kaki lebar) x (xx kaki panjang)". Contohnya, 20 kaki lebar x 70 kaki panjang. Jadi, jumlah luas tanahnya adalah 1,400 kaki persegi. (20 x 70 = 1,400 sqft)

20 kaki lebar ini juga selalunya ditulis dalam bentuk ini: 20โ€ฒ
70 kaki panjang p**a dalam bentuk ini: 70โ€ฒ
Jadi, dalam iklan-iklan rumah untuk dijual biasanya akan tertulis ๐‹๐š๐ง๐ ๐€๐ซ๐ž๐š: ๐Ÿ๐ŸŽโ€ฒ ๐ฑ ๐Ÿ•๐ŸŽโ€ฒ.

2๏ธโƒฃ BULIT-UP AREA
Secara ringkasnya, ia adalah jumlah kawasan dalaman rumah yang boleh digunakan, seperti kawasan ruang tamu, ruang makan, bilik-bilik tidur, bilik air, dapur dan sebagainya.

Untuk rumah yang mempunyai lebih daripada satu tingkat, Built-up Area ini dikira daripada jumlah keluasan untuk semua tingkat. Contohnya, untuk rumah dua tingkat, kita perlu jumlahkan keseluruhan ruang yang ada di dalam rumah untuk tingkat bawah dan tingkat atas. Kalau ada lima tingkat, kita perlu jumlahkan kesemua lima-lima tingkat tersebut.

Contohnya, untuk sebuah rumah dua tingkat, ruang keseluruhan dalaman rumah di dalam tingkat bawah adalah 800 kaki persegi. Untuk tingkat dua juga jumlah keseluruhan dalamannya 800 kaki persegi. Jadi, bila dijumlahkan, Built-up Area bagi rumah tersebut adalah 1,600 kaki persegi.

Mengikut contoh awal tadi, Land Area nya adalah 1,400 kaki persegi & Built-Up Area nya adalah 1,600 kaki persegi. Kebiasaannya ditulis seperti berikut:

๐‹๐š๐ง๐ ๐€๐ซ๐ž๐š: ๐Ÿ๐Ÿ’๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฌ๐ช๐Ÿ๐ญ.
๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐ญ-๐ฎ๐ฉ ๐€๐ซ๐ž๐š: ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฌ๐ช๐Ÿ๐ญ.

Jadi, anda jangan rasa pelik sekiranya ada iklan-iklan rumah yang tertulis Built-Up Area nya lebih luas daripada Land Area nya. Boleh jadi rumahnya ada dua, tiga atau empat tingkat.

Untuk rumah teres satu tingkat sahaja, Built-Up Area nya memang akan lebih kecil daripada Land Area nya. Ini disebabkan oleh saiz ruang dalaman rumah adalah lebih kecil daripada saiz keseluruhan lot tanah.

Sฯ…ะผะฒer: ะผyproperั‚ypฮนั‚ั•ั‚op(doั‚)coะผ

Dapat sesuatu?
๐’๐ž๐ค๐ข๐ซ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐š๐ง๐๐š ๐ซ๐š๐ฌ๐š ๐ฉ๐จ๐ฌ๐ญ ๐ข๐ง๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ, ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐š ๐ญ๐ž๐ค๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ก๐š๐ซ๐ž ๐ฒ๐š!

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Kluang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Taman Murni
Kluang
86000