Purse KOYAK II
Kepakaran kami dalam membantu menjana pendapatan pasif dengan memberi khidmat runding cara kewangan. boleh hubungi kami di talian 0137270545
23/04/2024
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Kemanisan Iman
عن أنسٍ رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Ada tiga perkara, barangsiapa ada pada dirinya tiga perkara ini, maka dia akan merasakan manisnya iman (yaitu, yang pertama): Allâh Azza wa Jalla dan Rasul-Nya lebih dia cintai berbanding dengan yang lain, (kedua) dia mencintai seseorang dan dia tidak mencintai kecuali kerana Allâh dan (ketiga) dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan kedalam api neraka (Sahih Muslim No: 43) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Tiga perkara jika dimiliki oleh seorang Muslim akan menjadikannya memperoleh kemanisan iman:
a. Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya.
b. Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya kerana Allah.
c. Ia tidak s**a untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.
2. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).
3. Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bidah dan kesesatan.
4. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah sebagai tanda mencapai kemanisan iman. Mengikut ulama: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.
5. Kemanisan iman juga tercapai apabila ia tidak s**a untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.
24hb April 2024
15hb Syawal 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*Salam Sejahtera & Selamat Pagi Jumaat Pejuang Subuh*
*29 Safar 1445H*
*15 September 2023*
*Mutiara Pagi*
*"Anda mempunyai akal di kepala anda. Anda mempunyai kaki di dalam kasut anda. Anda boleh memandu diri anda ke mana mana arah yang anda pilih".*
*DOA PADA PAGI HARI JUMAAT*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
*Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..*
Di pagi *Jumaat bulan Safar* yang tenang dan penuh baraqah ini, kami bermohon, permudahkanlah segala urusan kami baik dalam urusan agama, duniawi dan ukhrawi. Lancarkanlah lisan kami agar mereka mengerti ucapan kami.
*Ya Allah,* kurniakanlah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap dugaan dan ujian kehidupan yang mendatangi kami.
*Ya Allah,* kurniakanlah kami jiwa yang tenang dan hati yang lapang agar hari ini menjadi antara hari yang terindah dalam kehidupan kami. Akhirilah hidup kami dalam husnol khotimah.
*Ya Allah,* peliharalah ukhwah antara kami semua hingga ke jannah dan akhirnya tempatkanlah kami semua di dalam Syurga FirdausMu.
*Ya Allah* jadikanlah hari *Jumaat bulan Safar* yang penuh barokah ini baik bagi kami dan pengakhiranya juga yang baik dan dilindungi kami dari segala musibah dan kemudaratan..
*Ya Allah Ya Tuhan* kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu agar diberi taufiq dan hidayah untuk mencapai kesucian diri dan bertaqwa secara istiqomah denganMu.
*Ya Allah* jauhilah kami dari perasaan kebingungan dan was was serta.hilang keyakinan dan jati diri, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan kefahaman yang jelas dan nyata. *Ya Allah* hiasilah kami dengan sifat pemaaf dan sikap bertoleransi didalam segenap ruang dan peluang, perindahkanlah kami dengan kesihatan walafiah tubuh badan yang sihat.dan sempurna lagi berterusan.
*Ya Allah* bukakanlah kepada kami pintu makrifatMu dan permudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaanMu. *Ya Allah Ya Tuhan* kami, sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenankan olehMu.
*Ya Allah* dekatkan kami dengan orang-orang yang soleh dan solehah agar kami berjaya mengikuti jejak kesolehan mereka demi mendapat manfaat dan keredhoaan dariMu *Ya Allah.*
*Ya Allah* lancarkanlah semua urusan kami untuk hari ini dan hari hari yang seterusnya demi kelangsungan hidup kami sebagai jalan ke arah ibadah di sisiMu.
*Ya Allah* sinarilah hati kami dengan petunjukMu, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu. *Ya Allah* berilah kami punca jalan pencarian rezeki yang mudah lagi barokah dan jauhkan kami dari perkara yang.bersifat haram dan ciri ciri subhah yang akhirnya menjerumus serta memudaratkan diri ke lembah kehinaan dan kesengsaraan.
*َYa Allah* kami memohon *Ya Allah,* kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa disyurga FirdausMu *Ya Allah*
*Ya Allah Ya Ghaffar* ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat- sahabat kami, jiran tetangga kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada yang sentiasa bersifat sabar dan beristiqomah terhadap pengabdianMu.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami *Nabi Muhammad SAW* serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu *Ya Allah.*
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
* Huma Soli Wasalim Ala Saiyyidina Muhammad SAW*
* Keredhaan Allah*
* Berselawat*
* Fardhu Jumaat*
* Bersedekah*
* Jaga Kita/Kita Jaga Kita*
* Ukhuwah*
18/05/2023
JAWATAN KOSONG
1) KERANI
2) PERUNDING TAKAFUL
KEMASUKKAN JUN 2023
No A3 Medan Niaga Mara
86400 Parit Raja, Batu Pahat
www.wasap.my/60197855130
www.wasap.my/60137137437
Email resume : [email protected]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 12, A&B, Aras 1, Jalan Persiaran Ismail Hassan
Kluang
86000