Amin kamaruddin

Amin kamaruddin

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Amin kamaruddin, Health/Beauty, Kluang.

Photos from Amin kamaruddin's post 21/05/2025

Dulu, saya hanya bermula dengan satu tekad — nak buktikan pada diri sendiri bahawa tiada yang mustahil bila kita benar-benar mahu.

Gagal berkali-kali bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya.

7 Mei 2025, di pentas Konvokesyen OUM Kali ke-29, saya menggenggam Diploma Pendidikan Islam dengan Pendidikan.

Bukan sekadar sekeping sijil, tapi lambang sebuah perjalanan panjang — belajar sambil bekerja, kadang-kadang perlu berjaga malam menyiapkan tugasan, menahan lelah dan kadang-kadang hampir putus asa.

Dan saya percaya, semakin tinggi pencapaian kita, semakin tunduk kita kepada Ilahi — kerana kita tahu, tiada satu pun kejayaan ini milik kita sepenuhnya, melainkan dengan izin dan rahmat-Nya

Namun saya tidak pernah sendiri.

Ibu dan ayah, terima kasih kerana selalu mendoakan dari jauh, walau tidak pernah ditunjuk depan mata, saya tahu setiap sujudmu ada nama anakmu.

Isteri tercinta, pada awalnya hanya bersendiri tetapi dengan kehadiranmu dapat juga menyelesaikan perjuangan dalam pelajaran. Terima kasih kerana jadi teman seperjuangan, meminjamkan bahu dan sabar bila saya penat dan hilang arah.

Adik-adik, terima kasih kerana sentiasa mendoakan kejayaan abang sulung kalian dalam mencapai kejayaan pada harini. Terus doakan along sentiasa sihat dan luaskan rezeki sentiasa.

Guru, pensyarah dan mentor, terima kasih atas ilmu dan tunjuk ajar yang membuka mata dan fikiran.

Sahabat-sahabat, kalian tahu siapa kalian — terima kasih kerana tak pernah biar saya jalan seorang.

Anak, hadiah paling bermakna selepas menamatkan pelajaran. Terima kasih kerana hadir sebagai satu anugerah untuk meneruskan kehidupan akan datang.

Untuk yang sedang berjuang:
Percayalah, jalan ini mungkin panjang dan sunyi. Tapi satu hari nanti, kamu akan berdiri di penghujungnya, dan berkata, "Aku berjaya."

20/05/2024

Cara Hidup Tenang

1. Tujuan hidup kita mestilah Husnul Khatimah.
2. Konsep hidup beri manfaat bukan mengharap penghargaa.
3. Focus hidup dapatkan Redha Allah Bukan Redah Manusia.

Credit to : Prof Muhaya

Photos from Amin kamaruddin's post 19/05/2024

Selamat Ulang tahun Kelahiran

Semoga dipanjangkan umur,
Diluaskan Rezeki,
Diberi kesihatan yang baik,
Sentiasa dalam rahmat Allah

01/10/2023

═════ ◎•❀•◎﷽◎•❀•◎ ═════
🌿🍂 KELAS MENGAJI KANAK-KANAK🍂🌿

✅ Baru nak belajar mengaji
✅ Bacaan tidak lancar
✅ Personal Coaching (1 to 1)

--------------------------------------------------------------------------
Kelas Bermula 2 OKTOBER 2023 | ISNIN
--------------------------------------------------------------------------
🔰KEISTIMEWAAN KAMI :
✅Bimbingan secara khusus ONE TO ONE
✅Guru yang mahir & berpengalaman dalam pengajaran al-Quran
✅Guru pemegang tauliah Al-quran
✅ Disediakan sijil khatam al-quran
--------------------------------------------------------------------------
🔰 JENIS PENGAJIAN :

1⃣ IQRA
2⃣ MUQADDAM
3️⃣ AL-QURAN
4️⃣ HUKUM TAJWID

BONUS - ASAS PENULISAN JAWI

--------------------------------------------------------------------------
🔰 𝙒𝘼𝙆𝙏𝙐 𝙋𝙀𝙉𝙂𝘼𝙅𝙄𝘼𝙉 :

▪️Hari : ISNIN , SELASA DAN RABU
🔹8.00 malam - 9.30 malam

--------------------------------------------------------------------------
🔰 Tempat :

PASTI Taman Kluang Barat
https://maps.app.goo.gl/1wvdwUiENvx131Mc6
--------------------------------------------------------------------------

📱DAFTAR SEGERA
Hubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran :

USTAZ AMIN :
www.wasap.my/60137568242/KelasMengaji

Photos from Amin Enterprise's post 21/07/2023

Berminat boleh tekan link yang tertera..

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kluang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kluang
86000