5 RAMD

5 RAMD

Share

"Tartan Warrior" Batalion Ke-5 RAMD telah ditubuhkan pada 1 April 1951 di Haig Lines, Port Dickson. Pegawai Memerintah pertama ialah Lt Kol C.N.B Rose.

01/04/2026

𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛

Pegawai Memerintah, Lt Kol Azlan Shah bin Baharom bersama seluruh warga 5 RAMD menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Brigedier Jeneral Abd Munir bin Hj Abd Rani atas pelantikan sebagai Pengarah Infantri ke-38.

Semoga dengan pelantikan ini, Pasukan Infantri akan terus diperkasakan serta kekal unggul, berwibawa dan cemerlang dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Photos from Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat's post 30/03/2026
Photos from 5 RAMD's post 15/03/2026

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝟓 𝐑𝐀𝐌𝐃

KLUANG, 15 Mac 2026 - Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) telah melaksanakan Pemeriksaan Kenderaan Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan anggota yang akan pulang bercuti berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Pemeriksaan ini melibatkan kenderaan milik pegawai dan anggota yang akan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Antara aspek yang diberi penekanan termasuk keadaan tayar, brek, lampu, minyak enjin, air radiator serta dokumen kenderaan bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan jauh.

Program ini dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya, di samping memupuk kesedaran dalam kalangan anggota tentang kepentingan menjaga keselamatan diri serta keluarga ketika memandu.

Melalui pemeriksaan ini juga, anggota turut diingatkan supaya merancang perjalanan dengan baik, mematuhi peraturan lalu lintas serta mendapatkan rehat yang mencukupi sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan pemeriksaan kenderaan ini diharap dapat membantu memastikan perjalanan anggota 5 RAMD sempena cuti Hari Raya Aidilfitri berjalan dengan selamat, lancar dan selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kluang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kem Batu Tiga
Kluang