Ruddy Awah

Ruddy Awah

Share

Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Negeri Sabah

Photos from Ruddy Awah's post 12/07/2026

11 JULAI 2026 | JAM 2.00 | PDM TELAGA | PELANCARAN PENUBUHAN CAWANGAN KG. PITURU LAUT

Saya telah menghadiri melancarkan Penubuhan Cawangan Baharu Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Cawangan Kg. Pituru Laut dalam PDM Telaga yang berlangsung di kediaman En. Razali Sukah.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada En. Razali Sukah atas pelantikan beliau sebagai Ketua Cawangan PGRS Kg. Pituru Laut. Semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh komitmen, sekali gus memperkukuhkan lagi perjuangan parti di peringkat akar umbi.

Saya turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penduduk kampung, para penyokong serta ahli-ahli yang hadir khususnya Ketua-Ketua Cawangan kerana memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan majlis ini. Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan membuktikan kesepaduan serta keyakinan rakyat terhadap perjuangan Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Kita semua akan terus bergerak seiring demi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Selepas pelancaran Penubuhan cawangan baharu, Saya bergerak meninjau tapak untuk dijadikan pengkalan pendaratan hasil laut dan akan dijadikan sebagai tamu mingguan yang terletak tepi Sungai Kg. Telaga. Perancang ini akan dilaksanakan pada tahun 2027.

Photos from Ruddy Awah's post 11/07/2026

11 JULAI 2026 | KG. BOLUUH, PDM SG. ELOI | JAM 12.00 PM

Saya meneruskan perjalanan ke Kg. Boluuh, dalam PDM Sungai Eloi, Pitas, bagi menghadiri majlis penerimaan kemasukan ahli baharu ke dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).

Dalam majlis ini, saya mengalu-alukan penyertaan Puan Juniah Binti Bihahon, Ketua Cawangan STAR bersama ahli-ahlinya serta En. Cheristopo Bin Modoldop, Ketua Cawangan UMNO bersama ahli-ahlinya yang telah memilih untuk bersama perjuangan PGRS dan seterusnya Saya merasmikan penubuhan Cawangan PGRS Kg. Boluuh Skim, Kg. Boluuh dengan pelantikan Puan Juniah Binti Bihahon sebagai Ketua Cawangan dan En. Cheristopo Bin Modoldop sebagai Timbalan Ketua Cawangan.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada PGRS. Semoga cawangan baharu ini terus memperkukuh perjuangan parti serta menjadi wadah untuk membawa suara dan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi.

Photos from Ruddy Awah's post 07/07/2026

7 JULAI 2026 | JABATAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA

Hari ini saya bersama Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Pitas, En. Abdul Hafiz Bin Hj. Yahya telah mengadakan kunjung hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, bagi membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pembangunan infrastruktur di daerah Pitas.

Dalam pertemuan ini, saya telah mengemukakan cadangan menaik taraf beberapa kemudahan awam yang menjadi tumpuan masyarakat, antaranya Tapak Tamu Mingguan Pitas, Dataran Pitas, Tamu Pekan Pitas dan Tamu Kanibungan. Penambahbaikan ini penting bagi menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada para peniaga dan pengunjung, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi tempatan.

Saya juga telah menjemput Dato’ Ketua Pengarah untuk hadir sendiri ke daerah Pitas bagi melihat dengan lebih dekat keadaan semasa serta keperluan pembangunan yang perlu diberi perhatian. Lawatan tersebut diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh terhadap potensi dan keperluan daerah Pitas.

Saya akan terus berusaha membawa suara rakyat serta memperjuangkan keperluan pembangunan daerah Pitas melalui kerjasama erat dengan kementerian dan jabatan berkaitan, demi memastikan daerah ini terus maju dan rakyat mendapat manfaat daripada pembangunan yang dilaksanakan.


Maju

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kementerian Kerja Raya Dan Utiliti (KKR) Sabah, Tingkat 7, Bangunan KKR/JKR, Jalan Sembulan
Kota Kinabalu
88582