FSMP_Official

FSMP_Official

Share

Faculty of Food Science and Nutrition
Universiti Malaysia Sabah

03/06/2026

SAMBUTAN NUTRITION MONTH MALAYSIA 2026 (NMM2026) šŸŽšŸ±

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama Kelab Pemakanan UMS akan menganjurkan program Sambutan Bulan Pemakanan Negeri Sabah 2026 bagi meningkatkan kesedaran tentang pemakanan sihat serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan warga UMS dan komuniti Sabah.

šŸ—“ļø20 Jun 2026 (Sabtu)
ā°10:00 pagi – 5:00 petang
šŸ“ ITCC Shopping Mall

Untuk maklumat lanjut, sila masuk kumpulan WhatsApp dan mengikuti media sosial rasmi:

šŸ”— https://chat.whatsapp.com/Drgc6VPUoGaD3eJXcFVJBx

šŸ”—https://www.instagram.com/nutritionclubums?igsh=MTFuamV6anF3MGt2ZQ==

Pelbagai aktiviti yang menarik dan berinformasi akan dijalankan semasa NMM2026:
•⁠ ⁠Pertandingan Bekal Sihat, Hidup Hebat
•⁠ ⁠⁠Pertandingan Nutri-Piramid
•⁠ ⁠⁠Pertandingan "Cabaran Vlog Menu Sihat RM15"
•⁠ ⁠⁠Sudut Promosi & Pendidikan Pemakanan
•⁠ ⁠⁠Saringan Kesihatan
•⁠ ⁠⁠Permainan Interaktif Pemakanan
•⁠ ⁠⁠Derma Darah

Penyertaan warga UMS amat dialukan!! šŸ¤—

Sekian, Terima Kasih.

"Delay No More - Eat Right, Be Active Today"

02/06/2026

Merafak sembah dengan penuh takzim ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah menzahirkan setinggi-tinggi sembah takzim serta mendoakan semoga Allah Subhanahu Wa Taā€˜ala sentiasa melimpahkan rahmat, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan dan keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus diberkati dengan kebijaksanaan, keadilan dan kemuliaan demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada:
Dekan, pengurusan dan seluruh warga
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Universiti Malaysia Sabah

18/05/2026

KURSUS SEMBELIHAN HALAL PERDANA 2026

9 Mei 2026 | Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) telah menganjurkan Kursus Sembelihan Halal Perdana 2026 bertempat di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP).

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai kaedah penyembelihan halal yang menepati tuntutan syariah Islam, di samping menekankan aspek kesihatan dan kebajikan haiwan.

Majlis perasmian disempurnakan melalui teks ucapan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, yang dibacakan oleh Dekan FSMP, Prof. Ts. Dr. Hasmadi Mamat.

Kursus ini disertai lebih 60 peserta dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerusi MUIS Halal Hub, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, serta sokongan industri daripada QL Agroventures Sdn. Bhd. dan Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd.

13/05/2026

FSMP UMS Perkukuh Jaringan Akademik Serantau Melalui Lawatan Penanda Aras ke University of Philippines Los Banos

13 Mei 2026 — Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke University of the Philippines Los BaƱos (UPLB) sebagai usaha memperkukuh jaringan akademik dan kerjasama strategik di peringkat serantau.

Lawatan tersebut diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Hasmadi Mamat, Dekan FSMP UMS, bersama Ts. Dr. Ahmad Hazim Abdul Aziz, Penyelaras Mobiliti FSMP.

Lawatan utama penanda aras diadakan adalah di Institut of Food Science and Technology, College of Agriculture and Food Science serta beberapa jabatan lain seperti National Institut of Molecular Biology and Biotechnology dan College of Engineering and Agro-Industrial Techonology.

Pelaksanaan lawatan ini memberi peluang kepada pihak FSMP untuk meninjau pendekatan, amalan terbaik serta ekosistem akademik dan penyelidikan yang dilaksanakan di UPLB, khususnya dalam bidang pertanian makanan, sains makanan, bioteknologi dan teknologi makanan. Selain itu, sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama antara kedua-dua institusi, termasuk mobiliti pelajar dan staf, kolaborasi penyelidikan, pertukaran kepakaran serta pembangunan program akademik bersifat antarabangsa.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada komitmen FSMP UMS dalam memperluas hubungan strategik dengan institusi pendidikan tinggi luar negara, di samping meningkatkan keterlihatan fakulti di peringkat antarabangsa. Usaha ini juga selari dengan aspirasi UMS dalam memperkukuh agenda pengantarabangsaan, kecemerlangan akademik dan impak penyelidikan yang relevan kepada keperluan semasa industri serta masyarakat.

FSMP UMS berharap lawatan penanda aras ini akan membuka ruang kepada kerjasama yang lebih kukuh dan berimpak tinggi bersama UPLB pada masa akan datang.

Want your university to be the top-listed University in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


UNIVERSITI MALAYSIA
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00