Parti Bersatu Rakyat Sabah
PBRS adalah sebuah parti yang telah ditubuhkan sejak tahun 1994 dan merupakan parti tempatan Sabah.
11/03/2026
๐ฏ๐ฎ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ
Hari ini menandakan 32 tahun perjalanan perjuangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sejak ditubuhkan pada tahun 1994.
Selama lebih tiga dekad, PBRS terus berdiri teguh sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah, kestabilan politik serta pembangunan luar bandar khususnya bagi komuniti pedalaman yang sekian lama memerlukan pembelaan.
Perjalanan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun dengan kesetiaan ahli, kepimpinan yang berprinsip serta semangat perjuangan yang tidak pernah padam, PBRS terus kekal relevan dan memainkan peranan penting dalam landskap politik Sabah.
Dalam menghadapi cabaran masa depan, PBRS akan terus memperkukuhkan perjuangan dengan memberi fokus kepada pengkaderan pemimpin muda, memperjuangkan hak Sabah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), serta memastikan pembangunan yang lebih seimbang untuk rakyat di semua kawasan.
Semoga ulang tahun perjuangan ke-32 ini menjadi pemangkin kepada semangat baharu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negeri Sabah yang kita cintai.
Selamat Ulang Tahun Perjuangan ke-32, PBRS.
"Berjuang Untuk Kecemerlangan Rakyat."
16/02/2026
๐๐๐ก๐๐ข๐๐ฉ ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ช๐ฉ ๐๐๐๐ช๐ฃ ๐ฝ๐๐ง๐ช ๐พ๐๐ฃ๐
Kehadiran Tahun Kuda pada tahun ini membawa simbol tenaga, kepantasan dan semangat yang tidak luntur.
Sebagaimana kita meraikan perayaan yang meriah ini bersama keluarga dan sahabat handai, ia adalah masa untuk kita memperkukuh ikatan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita yang tercinta.
Keharmonian yang kita nikmati hari ini bukanlah sesuatu yang datang secara kebetulan. Ia adalah hasil daripada sikap saling menghormati dan ihsan antara satu sama lain.
Dalam semangat Malaysia MADANI, marilah kita terus meraikan kepelbagaian budaya ini sebagai aset negara yang paling berharga. Perpaduan inilah yang membolehkan kita terus melangkah megah sebagai sebuah bangsa yang bersatu padu di bawah naungan awan yang sama.
Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua dan semua rakyat Malaysia. Semoga tahun ini membawa kesihatan yang baik, kebahagiaan yang melimpah, dan keazaman baharu untuk kita terus memelihara alam sekitar demi masa depan Malaysia yang lebih hijau dan sejahtera.
GOแG แญI แดแฉ แแฉI
23/01/2026
Selamat Mengundi Semua!
Selamat malam semua.
Esok ialah hari pengundian PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag. Saya menyeru kepada seluruh anak Kinabatangan dan Lamag supaya keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab demi masa depan Kinabatangan dan Lamag.
Berilah sokongan padu kepada saudara Naim dan MIHA, calon yang memahami denyut nadi rakyat serta komited untuk berkhidmat dengan jujur dan bertanggungjawab. Bagi lah peluang kepada dua anak muda ini untuk berkhidmat kepada kamu.
Undi anda menentukan kestabilan, kesinambungan pembangunan dan kekuatan suara rakyat. Hari esok, buat pilihan yang tepat demi Kinabatangan dan Lamag. Undilah Barisan Nasional!
Barisan Nasional
31/12/2025
Selamat Tahun Baru 2026.
Syukur diberi kesempatan melangkah ke lembaran baharu dengan harapan dan azam yang segar. Tahun yang berlalu telah mengajar kita erti kesabaran, kecekalan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan.
Semoga tahun ini membawa sinar baharu, memperkukuh tekad untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih matang, berani dan berprinsip. Setiap cabaran dijadikan pelajaran, setiap peluang dimanfaatkan dengan sebaiknya demi kebaikan bersama.
Marilah kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat perpaduan, keikhlasan dan iltizam untuk terus berkhidmat serta memberi yang terbaik kepada rakyat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Blok B, Lot 19, Tingkat Dua, Lorong Singgah Mata 2, Asia City
Kota Kinabalu
88000