Digital Smart Library JPAN Sabah

Digital Smart Library JPAN Sabah

Share

Digital Smart Library, JPAN Sabah

Photos from Digital Smart Library JPAN Sabah's post 28/02/2022
24/02/2022

9 Febuari 2022 - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri di Smart Library, aras 14, Menara Kinabalu.

Kunjungan diketuai oleh Tuan Norali Bin Ag. Damit, Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, diiringi Tuan Malai Fazlan Aswad Malai Mustapha, Ketua Penolong Pengarah MKN Sabah, Puan Aidalina binti Mahili dan Mohd Malim Ku Ning bin Johari, Penolong Pengarah MKN Sabah.

Dalam pertemuan tersebut, Tuan Norali telah berkongsi isu-isu berkaitan dan berbincang bersama YBhg. Datuk KPPAN untuk memikirkan ruang kerjasama serta perancangan strategik pada masa hadapan.

Turut hadir, Tuan Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) JPANS.

Sumber: Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Photos from Digital Smart Library JPAN Sabah's post 24/02/2022

27 January 2022 - HR Focal Team’s “Change Management” sharing session was held at Smart Library, JPAN.

Attending together, Mrs. Josie Lai, Deputy Director General (Development).

Credit: Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Photos from Digital Smart Library JPAN Sabah's post 24/02/2022

20 Januari 2022 - YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri menerima kunjungan hormat dari Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA) di Smart Library, Aras 14, Menara Kinabalu.

Kunjungan itu diketuai oleh Profesor Dr Ismail Omar, Presiden PERTAMA bersama Profesor Ahmad Massu Bin Ramli dan Almeezan Zahary Acho dari North Borneo University College (NBUC).

Turut hadir, YBrs. Tuan Charles William Dabbi, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti JPAN dan YBrs. Tuan Mohammad Effendi Jamaludin, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPANS.

Sumber: Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Photos from Digital Smart Library JPAN Sabah's post 24/02/2022

12 Mac 2021 - Majlis Pelancaran Sabah Executive Learning Through Interactive Talent Engagement Platform (Sabah Elite Percipio) telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong JP, Setiausaha Kerajaan Negeri bertempat di Smart Library, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Aras 14, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Menurut YB DSP Sr. Safar Untong JP, Sabah Elite Percipio merupakan inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) yang membolehkan semua penjawat awam negeri gred 41 hingga JUSA menghadiri kursus secara dalam talian.

Katanya, Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri hanya perlu mendaftar secara dalam talian dan penilaian kompetensi akan dilakukan melalui platform berkenaan.

"Hari ini (Jumaat), kita lancarkan sistem yang telah kita bangunkan sejak bulan lalu. Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri boleh menghadiri kursus di mana-mana sahaja dengan hanya menggunakan mobile device mereka," katanya.

Selain itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, sistem itu telah dilengkapi dengan kursus-kursus yang telah dilesenkan sama ada dalam bidang Digitalization, Digital Transformation, Big Data, dan sebagainya.

Katanya, kewujudan sistem itu juga secara tidak langsung akan memberi kefahaman kepada semua penjawat awam supaya dapat merancang dan memahami kaedah pendigitalan data-data yang ada di pejabat masing-masing dan seterusnya menganalisis data tersebut untuk dijadikan perkhidmatan iaitu Data As A Service (DaaS).

Dalam pada itu, YB DSP Sr. Safar Untong memaklumkan bahawa fokus dan hala tuju Kerajaan ke arah pendigitalan masih kekal dan berada di landasan yang betul. Beliau yakin bahawa Kerajaan Negeri akan mencapai Kerajaan Digital menjelang tahun 2024 sepertimana yang telah dirancang.

Turut hadir adalah YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Puan Josie Lai Mei Sing, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (Pembangunan), Tuan Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (Perkhidmatan), dan Pengarah Bahagian Kerajaan Digital Puan Doria Tai Yun Tyng.

Sumber: Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Tingkat 14, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Sulaman, Teluk Likas
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00