U-Science UMS

U-Science UMS

Share

U-Science UMS merupakan Pusat Sains Universiti di UMS. Mari terokai STEM bersama kami

Photos from U-Science UMS's post 04/06/2026

𝟰 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀

𝗘𝗸𝘀𝗽𝗹𝗼𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗗𝗶𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻: 𝗞𝗼𝗻𝘀𝗲𝗽 𝗜.𝗢.𝗧 𝗠𝗲𝘄𝗮𝗿𝗻𝗮𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗦𝘆𝗼𝗸𝗻𝘆𝗮! 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵: 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲

U-Science UMS – Program Syoknya! Cuti Sekolah: Edisi Khas 2026 diteruskan pada hari kedua dengan tema Konsep I.O.T (Internet of Things), yang memberi pendedahan kepada peserta tentang bagaimana teknologi moden membolehkan pelbagai peranti berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Pengisian hari ini dirangka untuk memperkenalkan peserta kepada asas teknologi digital dan inovasi yang semakin penting dalam kehidupan seharian.

Program dimulakan dengan lawatan berpandu ke Pameran Sains & Teknologi dari China, di mana peserta berpeluang meneroka pelbagai pameran interaktif serta menyaksikan Science Show yang mempamerkan demonstrasi sains yang menarik dan mengujakan. Aktiviti ini membantu meningkatkan pemahaman peserta terhadap aplikasi sains dan teknologi dalam dunia sebenar.

Seterusnya, peserta mempelajari konsep komunikasi melalui aktiviti Membuat Telefon DIY, yang memperkenalkan prinsip penghantaran bunyi dan komunikasi secara praktikal melalui aktiviti hands-on yang menyeronokkan. Pengisian hari diteruskan dengan sesi Pengenalan kepada SCRATCH, yang memberi peluang kepada peserta mengenali asas pengaturcaraan komputer melalui platform pembelajaran yang mesra pengguna dan interaktif.

Hari kedua diakhiri dengan sesi Pengenalan kepada 3D Printing, termasuk demonstrasi cetakan 3D yang membolehkan peserta melihat sendiri bagaimana sesuatu reka bentuk digital dapat dihasilkan menjadi objek fizikal. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta, malah membuka ruang kepada mereka untuk meneroka potensi teknologi reka bentuk dan pembuatan masa hadapan.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
Universiti Malaysia Sabah
UMS Library
U-Science UMS

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


U-Science UMS, Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00