Sabah Edition

Sabah Edition

Share

Berita, info serta segalanya tentang Sabah.

22/05/2026

😔 Bahaya bila privasi orang sudah tidak dihormati.

Seorang wanita di PPR Gudang 4 Tawau dilaporkan terkejut apabila menyedari ada lelaki tidak dikenali mengintai dirinya semasa berada dalam bilik mandi. Mujur tindakan pantas dibuat dengan laporan polis dan bantuan rakaman CCTV berjaya membantu pihak polis mengesan suspek. 🚔

Suspek lelaki tempatan berusia sekitar 30 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut. Semoga kejadian macam ini jadi pengajaran supaya semua lebih peka dengan keselamatan keluarga dan persekitaran rumah masing-masing. 🙏

Terima kasih kepada pihak polis atas tindakan cepat dalam menjaga keselamatan masyarakat Tawau. 👏

Kredit: Facebook Polis Daerah Tawau

Photos from Sabah Edition's post 26/01/2026

🚨 LELAKI MENGAMUK BERJAYA DITAHAN POLIS MPV – RUPANYA SUSPEK DIKEHENDAKI! 🚨

TAWAU | 26 Januari – Tindakan pantas anggota Polis MPV IPD Tawau berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang mengamuk dan mengancam keselamatan penduduk di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas, pagi tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi ketika polis menjalankan rondaan sebelum menerima panggilan kecemasan daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC). Suspek berjaya diberkas dengan bantuan beberapa kenderaan peronda MPV.

Lebih mengejutkan, hasil semakan mendapati lelaki berusia 34 tahun itu mempunyai rekod dikehendaki polis berkaitan kes penipuan yang dilaporkan di Putatan, Kota Kinabalu tahun lalu.

Turut dirampas beberapa barangan berbahaya dipercayai digunakan semasa kejadian termasuk pemutar skru, bilah pisau, gunting dan besi. Suspek kini ditahan di IPD Tawau untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang.

👮‍♂️ Nasihat Polis:
Orang ramai diminta tidak bertindak sendiri jika berdepan individu agresif. Segera hubungi pihak berkuasa demi keselamatan bersama.

👉 Keselamatan komuniti tanggungjawab kita bersama!

Kredit : polisdaerahtawau

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Sulaman
Kota Kinabalu
88450