Perkep Sabah - Rasmi
Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) didaftarkan pada 10 jun 1969 (Bil. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sabah.
01/04/2026
LAWATAN KERJA PENGERUSI PERKEP MALAYSIA KE KONTINJEN SABAH
KEHADIRAN
1. YBhg Datin Seri Panglima Datuk (Dr.) Hjh. Munirah binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia
2. YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
3. YBhg Datin Rusnah binti Zakaria, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
4. Datin Wan Hurani binti Osman, Ketua Biro Pendidikan
5. Datin Norliza binti Ahmad, Ketua Biro Seni Budaya
6. Datin Emmy binti Suin, Ketua Biro Kebajikan
7. Datin Fauziah Nor binti Mohd Ali, Ketua Biro IKS
8. Puan Nor Ismahieran binti Omar, Urusetia I
9. Puan Mahanum binti Sadli, Urusetia II
10. Puan Suziana binti Md Zain, Pengerusi PERKEP IPD Kota Kinabalu
11. Puan Suzey Micheal Lajam, Pengerusi PERKEP IPD Penampang
ULASAN
Sepanjang lawatan kerja selama tiga (3) hari ini, 3 pengisian program telah dilaksanakan.
2.1 Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Sumbangan Tabung Kasih
Majlis Hi-Tea PERKEP Sabah bagi meraikan kehadiran Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk ( Dr) telah dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu YDH IGP Dato’ Seri Panglima Mohd Khalid bin Ismail, Ketua Polis Negara dan YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah.
Penyampaian Sumbangan Tabung Kasih kepada balu dan anak yatim telah disempurnakan oleh YDH IGP Dato’ Seri Panglima Mohd Khalid bin Ismail, Ketua Polis Negara bersama YBhg Datin Seri Panglima Datuk (Dr.) Hjh.Munirah binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia.
Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan PERKEP terhadap kebajikan ahli dan keluarga.
2.2 Lawatan Kebajikan ke Hospital Queen Elizabeth II
Lawatan kebajikan PERKEP ke Hospital Queen Elizabeth II diadakan bagi menziarahi tiga (3) orang pesakit iaitu,
1.SM Mohd Sabari bin Ibrahin (58 Tahun), yang menghidap kanser paru - paru, sesak nafas dan TB.
2.Mohd Suhaiz bin Kasuha (43 Tahun) suami kepada Sjn Nora binti Alun, yang mengalami serangan jantung dan menghidap penyakit darah tinggi.
3.Muhamad Aqef bin Muhamad Afeendy (19 hari) anak kepada KPL Muhamad Afeendy, menghidap jantung berlubang dan akan dihantar ke IJN Kuala Lumpur.
Program lawatan kebajikan PERKEP Sabah bersama YBhg Datin Sri Datuk (Dr) Hjh. Munirah binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia ini telah juga turut disertai tetamu istimewa iaitu YDH IGP Dato’ Seri Panglima Mohd Khalid bin Ismail, Ketua Polis Negara dan YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah.
Lawatan ini mencerminkan nilai keprihatinan dan semangat kekeluargaan yang tinggi dalam kalangan warga PERKEP, di samping memberikan sokongan moral dan sumbangan kepada pesakit serta ahli keluarga mereka.
2.3 Lawatan ke Galeri PDRM Sabah
Pengerusi PERKEP Malaysia, YBhg Datin Sri Datuk (Dr) telah mengiring YDH IGP Dato’ Seri Panglima Mohd Khalid bin Ismail, Ketua Polis Negara membuat ke lawatan Galeri Polis Negeri Sabah di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, bersama dengan YDH Datuk Jauteh Dikun, PesuruhJaya Polis Sabah serta isteri, Datin Nurhayatie Farhana, Pengerusi PERKEP Sabah. Semasa lawatan ini, Pengerusi PERKEP Malaysia, YBhg Datin Sri Datuk (Dr) Hjh. Munirah binti Che Rose telah turut menandatangani buku lawatan PERKEP di ruangan khas Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).
Bersama ini disertakan gambar sepanjang program (3) hari.
Sekian, terima kasih.
07/02/2026
MAJLIS PERASMIAN DAN MESYUARAT AGUNG PERKEP KONTINJEN SABAH SESI 2026/2027
Tarikh: 4hb Februari 2026 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat Perasmian : Ballroom Grand Dorsett, Wilayah Persekutuan Labuan
Tempat Mesyuarat : Ballroom Grand Dorsett, Wilayah Persekutuan Labuan
KEHADIRAN
1. YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah
2. YDH DCP Datuk Abdul Rani bin Alias, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah
3. YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
4. YBhg Datin Rusnah binti Zakaria, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
5. Ketua – Ketua Jabatan, Ketua – Ketua Formasi dan Ketua -Ketua Polis Daerah
6. Datin- Datin Ketua Biro , Urusetia dan pengerusi -pengerusi PERKEP Daerah
7. Ahli Jawatankuasa PERKEP Kontinjen Sabah
8. Setiausaha – Setiausaha Biro dan Daerah
9. 30 orang PERKEP WP Labuan
MESYUARAT AGUNG PERKEP KONTINJEN SABAH
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan YBhg Pengerusi PERKEP Kontinjen, amanat YBhg Pengerusi PERKEP Malaysia semasa lawatan pada 4 Ogos 2025 di Rumah PERKEP Daerah Kota Kinabalu, tatacara pemakaian baju kurung rasmi PERKEP dan ingatan menjaga tatasusila serta imej Persatuan PERKEP.
2. Semakan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung sesi 2025/2026
3. Pembentangan laporan kewangan sesi 2025/2026
4. Pembubaran dan pelantikan AJK baru bagi sesi 2026/2027
5. Hal -hal lain
6. Selesai
ULASAN
1.Sehari sebelum mesyuarat agung, PERKEP Kontinjen Sabah telah mengadakan lawatan serta mempelajari kemahiran kraftangan di Rumah Kemas WP Labuan. Lawatan ke Galeri LAWA serta mempelajari pembuatan batik berasaskan sagu telah juga dijalankan.
2. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PERKEP Kontinjen Sabah telah dirasmikan oleh YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun. YDH Datuk PJP Sabah juga turut menyampaikan amanat agar PERKEP bersatu hati dan membuat aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah buat ahli PERKEP dan sentiasa menjaga nama baik dan imej Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Sabah.
YDH Datuk PJP Sabah juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua Ketua Biro, Urusetia, Pengerusi, Setiausaha Biro dan daerah serta AJK PERKEP Kontinjen Sabah.
3. Lawatan Kebajikan kepada dua orang ahli PERKEP WP Labuan yang menghidap kanser usus dan kanser payudara telah turut dilaksanakan selepas Mesyuarat Agung PERKEP selesai.
4. Aktiviti Zumba telah turut diadakan pada sebelah petang. Semua Ketua Biro, Pengerusi Daerah dan ahli PERKEP Kontinjen Sabah turut hadir bagi aktiviti riadah ini.
5. Bersama ini disertakan gambar-gambar.
Sekian, terima kasih
06/11/2025
MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DARIPADA YBHG DATIN SERI HAMISAH BINTI HUSSIN
Tarikh : 6 November 2025 (Khamis)
Masa : 4.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Dewan Bankuet, Tingkat 5, IPK Sabah
*KEHADIRAN*
1. YBhg Datin. Seri Hamisah binti Hussin Isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri
2. YBhg Datin Wan Hurani binti Osman Ketua Biro Seni Budaya mewakili Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
3. YBhg Datin Noorliza binti Ahmad Ketua Biro SRT PERKEP Kontinjen Sabah
4. Puan Emmy Binti Suin, Ketua Biro Kebajikan PERKEP Kontinjen Sabah
5. Puan Sharifah Norkiah binti Shalatif Ketua Biro Aset PERKEP Kontinjen Sabah
6. Puan Mahanun binti Sadli, Urusetia II PERKEP Kontinjen Sabah
7. Puan Sharifah Norkiah binti Shalatif, Ketua Biro Aset PERKEP Kontinjen Sabah
8. (11) orang penerima sumbangan
9. 83 orang ahli PERKEP Kontinjen Sabah
PERKEP
ULASAN
YBhg Datin Seri Hamisah binti Hussin, isteri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Kali ini berbesar hati menyantuni ahli -ahli PERKEP Kontinjen Sabah.
Dalam lawatan nya kali ini, YBhg Datin Seri beramah mesra bersama ahli - ahli PERKEP dan menyantuni anak - anak istimewa PERKEP serta ahli (1) orang PERKEP yang menghidap sakit kanser payudara tahap 3.
Dikesempatan ini juga, YBhg Datin Seri mengambil kesempatan berjumpa dengan Pengerusi PPRPD dan berbincang cara untuk membantu anggota - anggota yang menghidap sakit.
YBhg Datin Wan Hurani binti Osman, Ketua Biro Seni Budaya PERKEP Kontinjen Sabah mewakili YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, menzahirkan ucapan setinggi - tinggi terima kasih di atas kesudian YBhg Datin Seri berjumpa dan memberi sumbangan kepada ahli PERKEP serta anak- anak istimewa PERKEP.
Diharapkan, program ini menjadi satu landasan mengukuhkan ukwah dan silaturahim. Ia juga menjadi satu platform untuk sailing bertukar pandangan bagi menambah baik program - program yang akan diadakan.
Bersama-sama ini disertakan gambar semasa lawatan kebajikan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Jalan Pahlawan
Kota Kinabalu
88560