LS

LS

Share

Teach for community Teach for community (Financial)

01/03/2019

The Intelligent Investor 7 - The Defensive investor and Common Stock

a) Secara amnya, saham dilihat sebagai pelaburan yang berisiko dan sangat spekulatif, namun Benjamin menyatakan terdapat dua kelebihan saham iaitu, dapat membantu melindungi matawang dari inflasi dan menawarkan p**angan yang lebih tinggi untuk jangka masa Panjang. Walaupun begitu, Benjamin secara konsisten mengingatkan bahawa kelebihan ini boleh hilang sekiranya pelabur membayar pada harga yang sangat tinggi. Ini berlaku pada Dow Jones Industrial pada tahun 1929 dimana memerlukan 25 tahun iaitu hanya selepas 1957 ianya kembali kepada paras asal.

b) Garispanduan yang ditetapkan oleh Benjamin untuk pelabur memilih saham (common stock) adalah:

1.) Diversify kepada pegangan saham kepada minimum 10 syarikat dan maksimum 30.
2.) Setiap syarikat hendaklah besar (Large Cap), menguasai pasaran dan konservatif
3.) Setiap syarikat hendaklah mempunyai sejarah pembayaran dividen yang konsisten.
4.) Pelabur hendaklah menghadkan harga saham yang dibeli tidak melebihi 25 kali purata pendapatan bagi 7 tahun P/E 25, dan 20 bagi 1 tahun.

c.) Pada bab ini juga, Benjamin menerangkan tentang saham jenis berkembang (Growth Stock) yang bertambah kadar pendapatan melebihi kadar saham biasa (Large Cap) dan dijangka berlaku sedemikian pada masa hadapan. Garispanduan yang ditetapkan oleh Benjamin diatas akan mengeluarkan kebanyakan saham jenis berkembang (Growth Stock) kerana kebanyakan harga saham jenis ini mencanak naik lebih laju daripada pendapatan sebenar syarikat. Ini akan menyebabkan P/E selalunya melebihi 25 & 20. Ada juga yang mengatakan saham jenis ini adalah yang berkembang secara terkompoun sebanyak 7.1% setahun. Disebabkan perkembangan harga yang lebih cepat berbanding pendapatan ini membuatkan Growth Stock mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding syarikat-syarikat besar (Large Cap) yang tidak pop**ar.

d.) Untuk mengenalpasti saham biasa common stock jenis “Large, Conservative dan prominent” melalui kedudukan kewangan syarikat adalah :

1.) Large bermaksud melebihi 50 million ketika zaman Ben, Jason Zweigh mengataka lebih kurang 10 Billion pada sekitar tahun 2000 keatas.
2.) Prominent bermaksud syarikat adalah 1/4 atau 1/3 daripada saiz industri.
3.) Conservatif bermaksud book value separuh daripada total capital

e.) Jason Zweigh dalam syarahanya berkenaan bab ini, mengatakan bahawa cara ideal untuk melabur menggunakan method “Dollar Cost Averaging” adalah melalui investment fund yang melabur pada saham-saham indeks. “Dollar Cost Averaging” adalah cara pelaburan dengan menggunakan modal yang kecil tetapi secara konsisten dan berkala. Sebagai contoh hanya $100-$500 sebulan tetapi berpanjangan untuk beberapa tahun. Cara ini bertujuan untuk mengelakkan pelabur membeli pada waktu yang salah iaitu pada harga yang terlalu tinggi dengan modal yang besar pada satu masa sahaja. Saham-saham indeks p**a adalah saham besar yang mempengaruhi pergerakan sesuatu pasaran.

Bersambung….

The Intelligent Investor 8 - Portfolio policy for the Enterprising Investor : Negative Approach (i.e the Don’ts)

Want your business to be the top-listed Business in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


University Apartment Phase 2
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 12:00 - 14:00
Tuesday 12:00 - 17:00
Wednesday 17:00 - 23:00
Thursday 17:00 - 23:00
Saturday 07:00 - 12:00
Sunday 07:00 - 12:00