Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar

Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar, Mosque, Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar, Kuala Kangsar.

28/02/2026

Tazkirah Ustaz Mohd Farouq –
Ringkas & Padat

1. Jagalah Allah, pasti Allah jaga kamu.
Kalau nak minta tolong, minta pada Allah. Jangan bergantung pada manusia.

2. Fokus utama hari ini:
Apa aku nak buat hari ini dengan menjaga Allah?

3. Ulama’ huraikan bagaimana Allah jaga hamba-Nya:
Allah jaga maslahah duniawiah (kehidupan dunia).
Bukan mesti jadi kaya.
Tapi Allah boleh jaga keturunan, keluarga dan masa depan kita.

4. Kata seorang tabi’in kepada anaknya:
“Aku banyak solat untuk kau. Mudah-mudahan aku dapat jaga kau.”

5. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir (Surah Kahfi):
Tembok hampir runtuh ditegakkan semula.
Di bawahnya ada harta dua anak yatim.
Ayah mereka orang soleh.
Kerana ayahnya jaga Allah, Allah jaga anak-anaknya.

6. Kisah dua sahabat masuk Islam bersama:
Si A sangat kuat semangat ibadah dan syahid dahulu.
Si B jaga solat, tetapi tidak sekuat semangat seperti si A.
Si B hidup setahun lagi selepas si A.
Si B sempat Ramadhan sekali lagi, puasa dan solat sepanjang tahun.
Dalam mimpi Talhah, si B masuk syurga dahulu.
Nabi SAW jelaskan:
Beza amalan mereka sejauh langit dan bumi.

7. Pengajaran besar:
Setiap peluang ibadah sangat bernilai.
Satu Ramadhan tambahan.
Satu tahun solat tambahan.
Itu sangat besar di sisi Allah.

8. Pesan ustaz:
Kuatkan kelemahan kita.
Gandakan kelebihan kita.
Perjuangan ini bukan mudah.

9. Mudah-mudahan Allah beri kita kekuatan untuk terus menjaga-Nya,
supaya Allah sentiasa menjaga kita.

Kuliah subuh Pagi ini 1 Mac 2026 bersama Al Fadil Ustaz Mohd Farouq Nuqman Bin Zamri.

Photos from Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar's post 21/02/2026

ASSALAMUALAIKUM..

USTAZ NAZRI MERUPAKAN AMIL BAGI Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar ..
PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH BOLEH DIBAYAR MELALU ONLINE MENGGUNAKAN QR DIBAWAH.

BAGI KAUNTER AMIL ZAKAT FITRAH P**A, KAUNTER AKAN DIBUKA DI MASJID RIDZWANIAH PADA:

BERMULA 22.2.2026 4 RAMADHAN 1447H
JAM : 9.00 pagi - 12.00 tgh hari
JAM : 2.00 petg - 5.00 petg

Pada belah malam bermula 10 ramadhan terakhir

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Kuala Kangsar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar
Kuala Kangsar
33000