Masjid Raudhatul Jannah TKK

Masjid Raudhatul Jannah TKK

Share

Masjid Taman Kuala Kangsar telah digunakan dengan rasminya pada 30 Ogos 2005

18/03/2026

BERSEGERALAH BERAMAL SOLEH

Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling sempurna di saat muda, kita kuat, sihat dan penuh semangat untuk beramal. Namun, masa tidak pernah menunggu. Sedikit demi sedikit, kekuatan itu akan pergi. Tubuh menjadi lemah, tenaga semakin berkurang, dan peluang untuk beramal tidak lagi seperti dahulu. Di sinilah datangnya peringatan daripada Allah bahawa hanya mereka yang beriman dan beramal soleh akan terus menikmati pahala yang tidak pernah terputus, walaupun jasad mereka sudah tidak lagi berdaya.

Betapa indahnya jika usia muda dipenuhi dengan kebaikan. Setiap solat yang dijaga, setiap sedekah yang diberi, setiap doa yang dipanjatkan semuanya akan terus mengalir pahalanya hingga ke hari tua. Bahkan ketika kita sudah uzur dan tidak mampu lagi beramal seperti dahulu, Allah tetap mencatat ganjaran seolah-olah kita masih melakukannya. Tetapi jika waktu muda diabaikan, ditangguhkan dengan alasan β€œnanti”, maka ketika usia semakin senja, yang tinggal hanyalah penyesalan yang tidak mampu diundurkan.

Hidup ini juga tidak menjanjikan kita masa yang panjang. Kita mungkin diuji dengan kesempitan yang melalaikan, atau kesenangan yang membuatkan kita lupa diri. Kita boleh jatuh sakit, menjadi lemah, atau tiba-tiba dijemput pergi tanpa sebarang tanda. Maka mengapa masih mahu menangguhkan kebaikan, sedangkan peluang sedang terbuka luas di hadapan kita hari ini?

Justeru, bersegeralah menuju keampunan Allah. Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan sebelum datangnya waktu yang tidak lagi memberi ruang untuk kita beramal. Gunakan usia muda, waktu sihat dan masa lapang sebagai ladang pahala yang tidak akan pernah rugi. Kerana pada akhirnya, yang akan menyelamatkan kita bukanlah harta atau usia tetapi amal soleh yang pernah kita lakukan dengan ikhlas kerana-Nya

03/03/2026

5 Kerugian Orang Berpuasa

Ramadan adalah bulan ibadah yang penuh keberkatan dan peluang menggandakan pahala. Namun, terdapat beberapa kelalaian yang boleh menyebabkan seseorang itu rugi dalam memanfaatkan bulan yang mulia ini antaranya:

πŸ‘‰ Bangun sahur tanpa mendirikan sekurang-kurangnya dua rakaat solat sunat.
πŸ‘‰ Melalui hari-hari di bulan Ramadan tanpa bersedekah.
πŸ‘‰ Menunggu waktu berbuka puasa tanpa memperbanyakkan doa.
πŸ‘‰ Menghabiskan waktu pagi dan petang dengan berbaring serta tidur atas alasan keletihan berpuasa.
πŸ‘‰ Tidak melazimi diri dengan membaca, mendengar atau mentadabbur Al-Quran.

Marilah kita mengambil kesempatan sepanjang Ramadan untuk meningkatkan kualiti ibadah dan memperbanyakkan amal kebajikan agar bulan yang mulia ini tidak berlalu dengan kerugian.

Semoga setiap amalan yang dilakukan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Kuala Kangsar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Taman Kuala Kangsar
Kuala Kangsar
33000