KSSCM USAS

KSSCM USAS

Share

Page Kelab Seni Silat Cekak Malaysia USAS adalah untuk memberi maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh KSSCM USAS.

09/05/2026

Selamat menjalani Ujian Sijil Menengah Akademik (Praktikal) kepada semua Tenaga-tenaga Pengajar bagi sesi 2025/2026, yang akan berlangsung Ahad ini di Kompleks Silat Datuk Haji Maideen, Negeri Sembilan.

Untuk makluman, kursus Sijil Menengah Akademik ini hanya terbuka buat Tenaga-tenaga Pengajar PSSCM dan merangkumi bahagian ujian secara praktikal & pembentangan kertas kerja akademik.

Semoga beroleh kejayaan cemerlang buat anda semua.

Selamat Maju Jaya!

Photos from KSSCM USAS's post 05/04/2026

KARNIVAL SISWA AKTIF 2026

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada hari Rabu, 1 April 2026 telah berlangsungnya Karnival Aktif Siswa 2026 di Dewan Serbaguna Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Tujuan karnival ini dijalankan untuk melahirkan pelajar yang seimbang antara akademik dan kokurikulum, bukan hanya sekadar belajar dalam kelas akan tetapi bergiat aktif dari segi kepimpinan dan pembelajaran kemahiran insaniah.

Tahniah dan terima kasih serta selamat datang kepada semua ahli baharu yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli KSSCM USAS.

Sekian, terima kasih

"Bersama & Bersatu"

"Silat Tonggak Jati Diri Bangsa"

BERANI | AMANAH | INTEGRITI

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Kangsar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuala Kangsar