D-Rah Bakery
Sedia menerima tempahan untuk sebarang acara pada bila-bila masa seperti sambutan hari lahir, doorgift serta musim perayaan.
18/07/2021
Hi semua followers D-Rah Bakery. Kami masih beroperasi seperti biasa walaupun ada sedikit kekangan di sebabkan pkp yang berulang-ulang.
Sepanjang pkp, kami lebih menumpukan tempahan untuk dodol gula hangus. Alhamdulillah dan terima kasih kepada pelanggan2 yang tidak putus2 menempah dengan kami
10/04/2018
Seperti yang telah kami janjikan.. kami nak belanja resepi biskut raya. One of the best seller product yang keluar dari D-Rah Bakery 👏👏👏 yeah💃💃
Biskut Snow Almond😋😋😋
Bahan A:
250g mentega
150g gula caster
1 camt esen vanila
50g serbuk badam
Bahan B:
300g tepung gandum🌾
50g tepung kastad
50g susu tepung
40g tepung jagung🌽
Hiasan:
Coklat masakan🍫
Serbuk roti🍞
Caranya:
1. Putarkan bahan A
2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sampai habis.
3. Atas papan pencanai, gelekkan doh yang telah siap tadi mengikut ketebalan yang diingini.🔹 Tapi cadangan kami jangan canai terlalu tebal. Cukup ketebalan sekitar 3/4 acuan sebab nanti akan jadi tebal selepas dicelup dalam coklat🔹dan terap dengan acuan segi 4 sama ⬛
4. Bakar pada suhu 180°C selama lebih kurang 18 ke 20 minit⏰⏰ bergantung kepada oven masing-masing. Jika perlu pusingkan dulang ketika membakar (depan ke belakang dan sebaliknya) supaya biskut masak dengan sekata .
5. Sejukkan biskut di atas ridai (supaya biskut lebih rangup.
6. Cairkan coklat masakan 🍫🍫menggunakan double boiler.
7. Celupkan keseluruhan biskut 🍪ke dalam coklat 🍫dan gaulkan dengan serbuk roti🍞
Siap dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.
🍪 Bagi ibu-ibu bekerjaya yang tidak mempunyai masa yang lama untuk membuat biskut, anda boleh sediakan dahulu biskut dan celupkan dalam coklat dikemudian hari.
Dipersilakan untuk share resepi ini 😉😉
13/03/2018
Coming soon 😋😋😋
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Address
Kuala Kangsar
33020