KOPRO
Koperasi Profima Berhad
DARI AHLI, BERSAMA AHLI, KEPADA AHLI
Koperasi Profima Berhad (no. pendaftaran 202271601195), singkatannya KOPRO, adalah sebuah koperasi yang disahkan pendaftaran pada 11 Ogos 2022 sebagai satu entiti perniagaan bagi PROFIMA. Mesyuarat penubuhan telah diadakan pada 23/3/2022.
Matlamat KOPRO adalah untuk menjalankan aktiviti perniagaan terutamanya berkaitan dengan bidang industri perfileman, televisyen dan multimedia di Malaysia sebagai salah satu langkah yang berupaya bagi menyumbang kepada peningkatan ekonomi ahli.
SIAPA LAYAK ? – AHLI AKTIF PROFIMA LAYAK DAN BOLEH MEMOHON keanggotaan KOPRO.
FASA PEMBANGUNAN KOPRO
1. FASA 1 - rekrut/pendaftaran keahlian seramai mungkin. TARGET dalam masa 3-6 bulan, bilangan pendaftaran seramai 300 orang.
Fasa 1 adalah fasa untuk utuhkan platform, satukan ahli aktif PROFIMA untuk bersama-sama duduk dalam satu entiti perniagaan. Adalah sangat penting untuk membina asas yang kukuh dengan sokongan seramai mungkin ahli aktif PROFIMA.
2. FASA 2 - fasa untuk kembangkan dan kukuhkan KOPRO melalui aktiviti perniagaan yang dirancangkan termasuk lah penglibatan ahli – ahli, “KITA USAHAKAN KOPRO SESAMA KITA”.
InsyaAllah dengan modul begini, ahli-ahli yang berupaya untuk terlibat dan komited dapat peluang menjana pendapatan. Spin off - latihan bagi skil keusahawanan dan skil tertentu yang berkaitan dengan perniagaan dapat kita panjangkan sebagai persediaan kepada ahli yang separuh bersara/sepenuhnya bersara atau yang ingin menukar kerjaya.
Sebagai permulaan, perniagaan yang dirancangkan adalah ke arah melengkapkan ekosistem aktiviti penggambaran seperti sewaan peralatan penggambaran, sewaan kenderaan, air mineral, sewaan asrama/penginapan bagi kru dan jualan aksesori/gears penggambaran.
BAGAIMANA MENDAFTAR/MEMOHON KEAHLIAN?
1) Borang Permohonan Keanggotaan dari pejabat PROFIMA/KOPRO ATAU Borang berformat Google Form/ di FB KOPRO ATAU kami emailkan terus kepada anda
2) Bayaran Fi masuk RM50.00 (sekali sahaja)
3) Bayaran Syer Asas ialah RM 100.00 dan boleh ditambah mengikut kemampuan pemohon/ahli dari masa ke semasa
4) Semua permohonan tertakluk kepada kelulusan oleh Ahli Lembaga Koperasi KOPRO. Apabila sudah lulus dan diterima sebagai ahli KOPRO, kad dan sijil keahlian akan dikeluarkan. Penyata tahunan akan disediakan dan dibentangkan pada AGM setiap tahun.
16/02/2023
16 Feb 2023
Koperasi Profima Berhad (KOPRO) meneruskan mesyuarat bulanan didalam meneliti setiap usaha yang telah dirancang dan halatuju yang akan dibawa didalam memartabatkan sektor ekonomi khususnya kepada kru filem Malaysia.
Kopro masih lagi menerima kemasukan pendaftaran ahli-ahli baru untuk turut sama melabur dan bersama menyumbang kepada perniagaan yang akan dijalankan nanti yang semestinya melibatkan aktiviti sekitar dunia perfileman.
Semoga Kopro menjadi entiti berjaya dengan halatuju dan memacu sektor ekonomi dengan keuntungan berganda untuk menfaat bersama semua pelabur yang terlibat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 2738-B, Jalan Changkat Permata
Kuala Lumpur
53300