Test-lah
Jana idea & solusi bisnes secara saintifik & teratur.
14/03/2022
Pakar dan Kepakaran: Analogi Air dalam Gelas
Kami pernah cuba terangkan tentang dua perkara ini, dan kenapa kedua-duanya penting untuk membuatkan pelanggan rasa yakin membeli dengan kita.
Tapi kerana kedua-dua perkara ini nampak macam sama, izinkan kami menggunakan air dalam sebuah gelas sebagai analogi.
Seorang pakar (yang betul dan sah) pastilah seorang yang mempunyai kepakaran. Ini ibarat gelas yang penuh atau hampir penuh.
Penuh di sini bukan maknanya pakar itu tahu segala-segalanya tentang bidangnya, tapi cuma sebagai perbandingan.
Kepakaran p**a adalah takat air yang ada dalam sebuah gelas.
Ada gelas yang separuh penuh. Ada gelas yang suku penuh. Ada yang ada 1/10 penuh.
Lagi tinggi takat air, lagi tinggi kepakaran yang ada.
Kepakaran meningkat dengan tumpuan dan komitmen kepada menambah baik hasil kerja kita.
Mula-mula kita mungkin hanya 1/10 saja, tapi jika teruskan tambah baik, kita akan naik ke suku, separuh, dan tinggi lagi.
Dalam satu barisan gerai, mungkin ada beberapa penjual roti canai. Berkemungkinan besar, kepakaran mereka tak sama.
Ada gerai yang pandai buat roti yang sedap, gebu, dan garing.
Gerai lain mungkin tak sesedap itu, tapi mereka pandai membuat kari ikan yang masuk atau kena dengan roti canai.
Takat mana pun kepakaran kita, kita harus terus naik dan terus naik sehingga pelanggan yakin untuk membeli daripada kita tiada ragu atau dolak-dalih.
09/02/2022
Ini bukan kad tilik nasib.
Kad-kad sebegini semakin banyak digunakan untuk menguji dan meneroka idea-idea bisnes.
Ia memudahkan kita melihat bisnes secara visual dan tersusun.
Apa kata kalau Test-lah juga bangunkan set kad sebegini, dalam Bahasa Melayu, untuk warga bisnes Malaysia?
Jom kita teroka!
08/02/2022
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuala Lumpur