Vecto Auto

Vecto Auto

Share

Nissan, Mazda, Volkswagen, Volvo, Porsche & Ferrari

30/04/2026

Pagi ni dekat Kantin sekolah memandu.

Pakcik: Dik kau datang nak test ke?
Anak muda: Ya
Pakcik: Orang dah masuk bilik tu, dah start taklimat dah.
Anak muda: Tak ada orang bagitahu pun.

Pakcik: Haihh. Dah dah. Pergi daftar dulu. Nanti kaunter batalkan pendaftaran sebab tak daftar.

Kelam kabut anak muda tu berlari ke kaunter.

Pakcik: Aku tengok budak ni dari tadi datang duduk sini relax je.
Kat kantin ni. Duduk kat situ. Tunggu apa pun tak tau.
Tanyalah orang.

Pakcik tu geleng kepala.

:::

Hailah anak.
Jumpalah dunia.
Bertanya.
Bergaul dengan orang.
Paling tidak, tanyalah sesiapa jika tak tahu dari mana nak mula.
Bukan suruh jadi peramah pun.
Kalau terlepas pendaftaran, buang masa, buang duit.
Benda ni benda asas.
Lelaki atau perempuan, tak kisah.
Kita nak sesuatu, usahakan.
Walaupun dengan bertanya.
Dunia ni bukan dalam fon saja.

P/s: Aku, hantar anak test lesen memandu harini.😁

Ada plot twist:
Depan pakcik ni ada sorang pakcik juga. Tu yg menghadap dia tu.
Dah macam radio buruk.

Pakcik 2 : Saya dulu masa jadi bos... staff saya macam tu la. Masa mesyuarat tu saya tegur bla bla bla. Lepas tu melarat sampai "masa saya jumpa ZRA bla bla jadi macam Ramli Sarip, bla bla M Nasir patut bagi lagu.. masuk Fandi Ahmad, Jamal Abdillah.

Aku dah lost count😂😂

20/03/2026

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelanggan kami , rakan niaga dan semua warga maya di fb.

17/03/2026

Sekmung..sekmung cuba komen👇
Cc: aynazmnn

03/03/2026

Mengapa Toyota Alphard Bergegar Ketika Brek di Turunan Panjang Seperti di Karak?

Pada suatu petang, saya menerima sebuah Toyota Alphard yang baru p**ang dari Pantai Timur.
Pemiliknya datang dengan satu kebimbangan dan tandatanya..

Katanya, setiap kali turun Lebuhraya Karak dan menekan brek, stereng akan bergetar kuat. Namun di kawasan lebuhraya yang datar, tiada apa-apa yang luar biasa.

Kebiasaannya, ramai menyangka ini masalah ABS.
Berbekalkan pengalaman puluhan tahun, saya belajar untuk tidak membuat kesimp**an terlalu awal.

Alphard bukan kenderaan ringan. Beratnya hampir dua tan.
Apabila kenderaan seberat ini menuruni bukit yang panjang, sistem brek bekerja tanpa henti.
Setiap tekanan pada pedal brek menukarkan tenaga pergerakan kepada haba.
Jika haba terkumpul melebihi kemampuan pelesapan, cakera brek akan mengembang secara tidak sekata.

Perubahan ini sangat kecil, dalam unit milimeter. Namun pada kelajuan tinggi, ketidakseimbangan sekecil ini cukup untuk menghasilkan getaran yang ketara pada stereng.
Itulah yang dirasai pemandu.

Menariknya, simptom ini tidak muncul ketika memandu pada leburaya yang mendatar mahupun dalam bandar.
Kerana dalam pemanduan biasa, brek digunakan secara berkala dan mempunyai masa untuk menyejuk.
Turunan panjang tidak memberi ruang itu.
Fiziknya mudah.Tetapi implikasinya besar.

Apabila diperiksa, saya tidak terus mencadangkan penukaran komponen.
Saya ukur ketebalan cakera. Semak tahap runout. Nilai keadaan pad dan caliper.

Amal & praktik saya, diagnosis mesti mendahului keputusan.
Dalam kes ini, cakera masih dalam julat selamat tetapi telah mengalami ketidakseimbangan haba.
Penyelesaiannya tidak kompleks.
Namun pengajarannya penting.
Tuan2, ramai pemandu tidak menggunakan teknik engine braking ketika menuruni bukit.
Ramai juga menekan brek secara berterusan tanpa memberi ruang untuk sistem menstabilkan suhu.

Sistem brek ialah sistem keselamatan paling kritikal dalam sesebuah kenderaan.
Ia tidak memberi amaran awal. Ia hanya memberi isyarat apabila tekanan sudah tinggi. Kita jangan cabar had itu.

Pengajarannya:
Kenali had mesin, dan lebih penting, kenali had penggunaan kita terhadap komponen tersebut.
Ya, memang penting membaiki kerosakan.
Apapun, dahulukan dengan memahami sebab dan akibat.

Wallahu a‘lam.

Romi Halid
13 Ramadan 1447

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00