Sayed Munawar

Sayed Munawar

Share

Nothing beats good banter! Perbezaan pandangan wajar mencerahkan!

12/07/2026
07/07/2026

MONUMEN SOLIPSISTIKAL KECANDUAN PERHATIAN

Bertalu-talu jawapan balas kepada tuduhan Haim Hilman tentang pintu belakang dan kualiti IPT awam tempatan diberikan oleh pelbagai pihak. Mungkin ini yang memang diinginkan oleh Haim agar kelihatan seperti seorang pejuang tulen.

Haim tahu bermain retorik dan dia memanfaatkan mentaliti tertawan Melayu untuk meraih sokongan. Cuma, ianya tidaklah bertanggungjawab.

Sayang sekali posisinya sebagai mantan NC seolah-olah jadi tagan p**a untuk mengabsahkan tuduhan-tuduhan liarnya dengan premis yang bias dan separuh benar.

Warganet gemar isu ini diapi-apikan dan tidak berminat p**a mengetahui hakikat sebenar.

Siasatan sedang berlangsung terhadap tuduhan Haim. Cuma hasilnya mungkin hanya diketahui selepas PRU pun, bukan sebelum PRN Johor, mahu pun PRN N9.

Dalam era defisit kepercayaan ini, menyanggah tuduhan liar memang menjadi satu kerja yang ruwet, namun perlu.

Mungkin satu kaedah meruntuhkan premis Haim adalah dengan debat secara berdepan. Namun ini mungkin juga peluang yang dia sendiri tunggu-tunggu.

Mengulas tentang strategi Haim di sini pun mungkin dia anggap sebagai satu pengiktirafan.

Tentu saja ada sudut tertentu pendidikan tinggi yang memang wajar ditangani. Namun harus difahami ada beza p**a antara kritik dengan tanggungjawab berbanding manip**asi hakikat semata-mata meraih undi. Dan, di sana perlu kita bezakan antara cabaran struktural, kelemahan perlaksanaan dan atau niat jahat (mala fide) dalam pengenalan dasar.

Kegagalan membezakan status-status inilah yang bakal membezakan antara politikus berbanding negarawan, antara keculasan berbanding tanggungjawab, antara nadim dengan pandir.

Kita tidak mahu sampai keterbukaan yang ada ini menelurkan spesis Trump di Malaysia - monumen solipsistikal yang kecanduan perhatian.

https://www.facebook.com/share/v/199V5CPDxC/

02/07/2026

ADA APA DENGAN JOHOR?

Saya meninjau perkembangan selepas 4 hari kempen di Johor bersama Dr Mohd Yusri Ibrahim dari Ilham Centre.

Johor - Selepas 4 hari berkempen:

1.⁠ ⁠Baki 10 hari sebelum mengundi banyak faktor akan pengaruhi pola undian

2. .⁠ ⁠Suasana di lapangan sejuk, tidak seperti di medsos.

3. .⁠ ⁠Jika kadar turun undi rendah, kelebihan kepada UMNO, dan kepada PH jika sebaliknya

4.⁠ ⁠Swing pengundi muda belum menampakkan sentimen kepada parti mana. Di sini jadi taruhan terbesar kepada parti-parti bertanding

5.⁠ ⁠Kelihatannya faktor Bersama dan isu Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tidak bawa impak besar yang mampu menggoncang sentimen di lapangan, bergantung kepada isu dan corak kempen 10 hari berikutnya.

6.⁠ ⁠Jika PRN dibuat serentak PRU maka sentimen akan berbeza.

7.⁠ ⁠Sentimen pengundi Johor tidak boleh dibandingkan dengan sentimen di negeri lain. Pengundi Felda masih dengan sentimen status quo.

8.⁠ ⁠Suara PAS, jika semakin lantang berpotensi meningkatkan sentimen bukan Melayu untuk turun mengundi.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


KL, Cheras
Kuala Lumpur