D-Safe Force

D-Safe Force

Share

D-SAFE FORCE SDN. BHD. strives to provide a one-stop solution to all our clients’ security needs.

01/05/2024

AMANAT HARI PEKERJA TAHUN 2024 DARI D-SAFE FORCE

Salam Sejahtera Saudara/Saudari,

Bagi pihak syarikat D-Safe Force Sdn Bhd kami ucapkan Selamat Hari Pekerja dan merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan anda terhadap kemajuan dan kejayaan syarikat.

Tema sambutan Hari Pekerja tahun ini adalah Pekerja Kesuma Bangsa. Seperti mana kita semua sedia maklum, tunjang dan nadi kepada kelestarian kejayaan dan kecemerlangan adalah warga pekerja yang kreatif, inovatif, berdedikasi dan berintegriti. Kami yakin dan percaya anda memiliki semangat, daya juang dan sikap positif untuk terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Tingkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan demi memastikan hasrat pelanggan kita tercapai.

Setiap daripada kita memikul amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dalam sektor keselamatan. Ianya demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara ini terus dipertahan dan dipelihara. Justeru itu, kepercayaan ini perlulah digalas dengan penuh rasa ikhlas, bertanggungjawab dan berintegriti. Kita tidak boleh kekal berasa selesa pada sesuatu tahap pencapaian. Kita perlu bersedia, berfikiran terbuka untuk melakukan anjakan paradigma yang selari dengan perubahan persekitaran yang terus berlaku.

Sikap profesionalisme dan komitmen Pengawal Keselamatan secara konsisten dalam meningkatkan kebolehan, meluaskan ilmu dan memperhebat kematangan dalam melaksanakan tugasan seharian adalah amat dihargai .

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja D-Safe Force Sdn Bhd.

‘ MUAFAKAT ITU BERKAT ’ ‎

01/05/2023

Selamat Menyambut Hari Pekerja

05/02/2023

Doa dan rahmat terbaik untuk anda pada hari yang istimewa ini.

Selamat menyambut hari Chap Goh Mei

Want your business to be the top-listed Business in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 5A, Jalan Jejaka 2, Taman Maluri, Cheras
Kuala Lumpur
55100