PUSPANITA Majlis Amanah Rakyat
Nearby non profit organizations
8-A, Lorong Chow Kit, 4, Jalan Raja Laut
PUSPANITA MARA
Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia
Cawangan Kecil MARA
27/01/2026
🌸BANTUAN AWAL SEKOLAH (BAS) PUSPANITA MARA 2026🌸
26 Januari 2026, Isnin - PUSPANITA MARA telah melakar satu lagi langkah bermakna dalam menyantuni kebajikan ahli menerusi Program Bantuan Awal Sekolah (BAS) 2026 yang telah berlangsung pada 26 Januari 2026 (Isnin) bertempat di Tingkat 4, MARA Knowledge Centre, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
Program yang julung kali diadakan ini merupakan simbol keprihatinan PUSPANITA MARA terhadap kepentingan pendidikan serta kesejahteraan ahli dan keluarga. Pada tahun ini, seramai 16 orang pelajar telah menerima sumbangan, sebagai usaha meringankan beban persediaan persekolahan awal tahun.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Datin Saiful Munirah binti Md. Ali, Pengerusi PUSPANITA MARA, ianya diharapkan dapat membantu ahli menyediakan kelengkapan persekolahan yang selesa, seterusnya menyokong kesejahteraan emosi anak-anak agar mereka memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersemangat dan yakin.
Inisiatif ini juga mencerminkan semangat kebersamaan, empati dan sokongan berterusan PUSPANITA MARA — bahawa setiap ahli tidak bersendirian dalam mengharungi cabaran kehidupan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Biro Kebajikan dan Agama PUSPANITA MARA atas komitmen dan inisiatif dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa hadapan demi manfaat lebih ramai ahli.
✨ PUSPANITA MARA, cakna kebajikan, menyantuni dengan kasih.✨
17/11/2025
✨MARA Sihat: Sweet Escape Siri 10 ✨
Terima kasih kepada semua warga MARA dan PUSPANITA yang memeriahkan sesi Zumba & Poco-Poco pada 9 November 2025 jam 7 pagi di Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur!
Program yang dianjurkan ini turut dihadiri Datin Saiful Munirah binti Md Ali, Pengerusi PUSPANITA MARA, yang bersama-sama menyokong usaha memperkukuh budaya hidup sihat di MARA.
Semoga momentum kecergasan ini berterusan dan menjadi inspirasi kepada semua untuk kekal aktif dan bertenaga! 💪💙
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
50609
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:00 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 17:30 |
| Friday | 08:00 - 17:30 |