Osman Affan SmartStudy
Bagi menjalankan Program SmartStudy® di lokasi anda, hubungi kami: Whatsapp 012-903 8747 atau email ke [email protected]
23/04/2026
[PERHATIAN IBU BAPA: TRANSFORMASI KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK ANDA]
Adakah anda sering melihat anak anda menghabiskan masa berjam-jam di meja ulang kaji, namun masih bergelut untuk mengingati apa yang dipelajari?
Masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar berusia 10 hingga 17 tahun bukanlah kekurangan usaha, sebaliknya ketiadaan teknik pembelajaran yang sistematik dan efektif.
Kami memahami kebimbangan anda. Oleh itu, kami membawakan solusi strategik melalui siri video SmartStudy NoteMaster Pro.
Program ini dirancang khusus untuk membantu para pelajar menguasai kemahiran kritikal dalam menguruskan maklumat dan memperkukuh daya ingatan mereka.
Mengapa SmartStudy NoteMaster Pro Penting Untuk Anak Anda?
• Teknik Mengenal Kata Kunci (Note-Filtering): Melatih pelajar untuk mengenal pasti fakta utama dan mengelakkan pembaziran masa dengan menyalin nota yang terlalu panjang.
• Strategi Pengukuhan Memori: Menggunakan kaedah saintifik untuk memindahkan maklumat ke dalam memori jangka panjang, membolehkan anak anda mengingat fakta dengan lebih pantas dan tepat.
Dengan penguasaan teknik yang betul, anak anda bukan sahaja dapat meningkatkan keputusan akademik, malah dapat mengurangkan tekanan mental serta membina keyakinan diri yang lebih tinggi.
Pelaburan dalam pendidikan adalah jaminan masa depan yang cemerlang. Jangan biarkan anak anda terus buntu dengan kaedah lama yang tidak lagi relevan dengan silabus masa kini.
👇 Sila tinggalkan komen "INFO" untuk butiran lanjut mengenai modul dan pendaftaran.
16/04/2026
“Ramai pelajar ingat nota yang cantik adalah penting untuk skor A dalam peperiksaan. SALAH!
Nota yang betul ialah bukan nota yang cantik tetapi nota yang otak kita senang nak ingat.”
Ini adalah realiti ramai anak-anak kita, pelajar di Malaysia hari ini. Ramai yang terlalu fokus nak buat nota cantik sampai terlupa tujuan sebenar mereka buat nota itu sendiri.
Nota bukan pertandingan seni. Nota ialah alat untuk membantu daya ingatan.
Mari saya kongsikan beberapa tip menulis nota yang betul.
Pertama, berlatih untuk tulis nota menggunakan ayat kita sendiri.
=========
Jangan salin bulat-bulat dari buku teks. Kita pilih perkataan, ayat atau isi penting dan cuba tulis semula mengikut apa yang kita faham.
Sebagai contoh, untuk nota tentang “Fotosintesis” , kita boleh tulis “cara pokok buat makanan guna cahaya matahari.”
Kedua, pendek tapi padat.
==========
Jangan tulis satu muka surat penuh macam karangan. Ambil isi penting sahaja seperti tarikh, formula, fakta utama atau kata kunci.
Kita tidak mahu nota kita jadi macam buku teks.
Ketiga, guna warna dengan bijak.
==========
Warna bukan untuk cantik semata-mata. Guna warna untuk bezakan tajuk, isi penting, atau formula. Bila kita buka nota, mata terus ternampak isi atau perkara-perkara yang penting.
Keempat, buat nota mengikut gaya kita sendiri.
=========
Ada orang s**a peta minda. Ada s**a kata kunci sahaja. Ada s**a jadual. Ada p**a yang s**a lukis gambar.
Jangan ikut gaya orang lain kalau gaya itu tidak sesuai dengan kita.
Gunakan mana-mana gaya yang kita rasa paling sesuai dengan diri kita sendiri.
Kelima, belajar teknik memori.
==========
Teknik memori ialah teknik untuk mengingat atau menghafal apa yang telah kita pelajari. Menulis nota sangat memerlukan aplikasi teknik memori.
Semakin banyak teknik memori kita belajar dan aplikasikan, semakin mudah kita ingat apa yang kita tulis dalam nota.
Jadi mulai malam ini, jangan lagi kejar nak buat nota paling cantik dalam dunia.
Kejarlah nota yang bila kita baca… terus faham, terus ingat dan terus yakin bila kita masuk dewan peperiksaan.
Osman Affan SmartStudy®,
Memori Kuat, Potensi Hebat!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
54200
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |