InnoHear
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from InnoHear, 26-M, Jalan Pandan Indah 1/23A, Pandan Indah, Kuala Lumpur.
21/11/2025
👂🏻InnoHear👂🏻
Tazkirah Jumaat.
Sekadar berkongsi pengalaman sebagai seorang audiologis.
Ramai yang mengalami masalah pendengaran sering kelihatan cepat penat, muka masam, kurang gembira, dan kadang-kadang mudah marah.
Sebenarnya mereka bukan begitu — mereka penat kerana terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya untuk memahami setiap perbualan.
Setiap hari mereka berusaha “membaca” pergerakan bibir kita supaya dapat menangkap maksud percakapan.
Namun ketika sesi mencuba alat bantu pendengaran, suasananya selalu berbeza.
Wajah yang tadi tegang, tiba-tiba jadi lebih tenang. Ada yang terus tersenyum kerana dapat mendengar dengan lebih jelas.
Perbualan terasa lebih mudah, dan mereka akhirnya dapat “rehat” dari usaha yang selama ini membebankan.
Tetapi ingat — alat bantu pendengaran bukan untuk memulihkan, ia hanyalah alat untuk membantu pendengaran menjadi lebih jelas.
Ia juga memerlukan masa untuk dibiasakan, sama seperti kita memakai kaca mata buat kali pertama.
Belajar sesuatu hari ini?
Moga bermanfaat. ✨
Kredit: Audiologis Imran, InnoHear Ipoh.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Culinary Team
Attire
Contact the business
Telephone
Website
Address
26-M, Jalan Pandan Indah 1/23A, Pandan Indah
Kuala Lumpur
55100