PERKIM Kebangsaan
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960.
01/06/2026
๐๐๐จ๐๐๐ ๐๐๐๐ช๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐ง๐จ๐ก๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ ๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ก๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐
แตหกแตสฐ: แดนแดผแดดแดฐ หขสธแดฌแดดแดฟแดตแดธ แดฟแดผหขแดฐแดต แดฌแดดแดนแดฌแดฐ แถปแดฌแดดแตแดฐแดต
๐๐๐๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐, ๐ฏ๐ฌ ๐ ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Perjalanan sejauh kira-kira 120 kilometer merentasi laluan berbukit, berliku dan mencabar tidak menghalang semangat sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, Kump**an Jom Buat Baik dan Madrasah Yayasan As-Siddiqin untuk meneruskan misi dakwah serta kebajikan ke sebuah perkampungan pedalaman di utara Thailand.
Penjelajahan Jaulah Dakwah dan Korban 2026 itu membawa rombongan ke Kampung Cha Pa yang terletak di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Thailand-Myanmar di wilayah Chiang Rai.
Rombongan berlepas dari Madrasah Yayasan As-Siddiqin di Ban Mae Pao dengan menggunakan tiga kenderaan pacuan empat roda bersama 20 pelajar madrasah yang berasal dari kampung berkenaan.
Madrasah Yayasan As-Siddiqin yang beroperasi di Ban Mae Pao merupakan pusat perlindungan serta pendidikan bagi anak-anak yatim, mualaf dan golongan asnaf Islam di wilayah tersebut.
Sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam, rombongan melalui beberapa pekan dan perkampungan termasuk Mae Kao Tom, Mae Sai, Mae Chan, Chiang Saen dan Ban Hua Mae Kam sebelum memasuki laluan tanah merah yang berliku di kawasan perbukitan.
Mereka turut melalui kawasan ladang getah, kebun mangga dan sawah padi yang menghijau sebelum tiba di destinasi yang perlu melalui jalan berbukit yang berlurah dan sempit.
Sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan pedalaman, rombongan singgah di Masjid Hidayah Falah, Mae Da Luang bagi menunaikan solat jamak qasar Zuhur dan Asar secara berjemaah.
๐๐ธ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐ถ๐ณ ๐๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ต ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ๐ฎ๐ป, ๐จ๐๐๐ฎ๐ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ฒ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต berkata, misi tersebut bertujuan menziarahi sebanyak mungkin keluarga penduduk kampung selain menyampaikan sumbangan hasil korban dan bantuan makanan kepada masyarakat setempat.
โInsya-Allah kita akan menziarahi keluarga-keluarga yang berada di Kampung Cha Pa bersama pasukan PERKIM, Kump**an Jom Buat Baik dan pihak Madrasah Yayasan As-Siddiqin.
โKami membawa bekalan daging lembu hadiah, bakul makanan sebanyak 160 pek serta goodies bag untuk kanak-kanak. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh penduduk kampung,โ katanya.
Turut menyertai program tersebut ialah Eksekutif Kewangan PERKIM Kebangsaan, Mohd Aizat Rosli; Pengasas Bersama Madrasah Yayasan As-Siddiqin, Haji Abdullah Othman serta Pengasas Kump**an Jom Buat Baik, Ustaz Azatul Ridzuan Hassan.
Ketibaan rombongan sekitar pukul 3 petang disambut mesra penduduk Kampung Cha Pa yang majoritinya terdiri daripada etnik Muser atau Lahu, salah satu komuniti suku bukit yang menetap di kawasan pergunungan utara Thailand.
Menurut Farhan, sebahagian penduduk kampung lebih selesa menggunakan dialek etnik Muser berbanding bahasa Thai, menyebabkan komunikasi memerlukan bantuan penterjemah dalam kalangan penduduk setempat.
โAlhamdulillah, kami membawa goodies bag untuk kanak-kanak dan turut mengagihkan daging lembu hadiah serta pek makanan kepada keluarga penduduk.
โMajoriti penduduk di sini bukan beragama Islam. Oleh itu, kita menyampaikan daging lembu hadiah hasil sumbangan orang ramai sebagai pendekatan dakwah melalui kebajikan dan kasih sayang,โ katanya.
Beliau berkata, setiap keluarga menerima bantuan makanan yang mengandungi antara lain sardin dalam tin, minyak masak dan mi segera.
Menurutnya, pendekatan dakwah menerusi kebajikan itu mampu memperlihatkan keindahan Islam kepada masyarakat yang masih belum mengenali agama tersebut.
Dalam pada itu, rombongan yang diketuai ๐ ๐๐ฑ๐ถ๐ฟ ๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ฌ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐-๐ฆ๐ถ๐ฑ๐ฑ๐ถ๐พ๐ถ๐ป, ๐จ๐๐๐ฎ๐ ๐๐๐๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ฒ ๐๐ถ๐ป berkata, lawatan ke Kampung Cha Pa memberi peluang kepada pihak madrasah menziarahi keluarga pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Yayasan As-Siddiqin.
Menurut beliau, kebanyakan pelajar tersebut terdiri daripada anak yatim, anak keluarga miskin serta golongan yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan.
โKita datang untuk menziarahi keluarga pelajar dan melihat sendiri keadaan kehidupan mereka di kampung asal.
โApabila masyarakat kampung melihat perubahan positif yang berlaku kepada anak-anak mereka selepas mengikuti pendidikan Islam di madrasah, mereka semakin terbuka untuk memahami Islam,โ katanya.
Beliau menjelaskan bahawa penduduk kampung yang terdiri daripada penganut Buddha, Kristian dan kepercayaan tradisional sentiasa memberikan kerjasama baik kepada pihak madrasah.
Menurutnya, hubungan baik yang dibina selama bertahun-tahun membolehkan usaha dakwah dijalankan secara harmoni dan penuh hikmah.
โWalaupun hanya terdapat beberapa orang pelajar dari kampung ini yang belajar di madrasah, mereka menjadi jambatan yang menghubungkan kami dengan masyarakat setempat.
โMelalui mereka, penduduk kampung dapat melihat perubahan akhlak, kebersihan dan disiplin yang dibentuk melalui pendidikan Islam,โ katanya.
Lebih menggembirakan, hasil pendekatan dakwah dan ziarah yang dilaksanakan, seorang remaja lelaki di Kampung Cha Pa menyatakan persetujuan untuk memeluk Islam dan mengikuti pendidikan di Madrasah Yayasan As-Siddiqin.
Detik paling menyentuh hati dalam program tersebut apabila Ustaz Farhan Tee berkesempatan membimbing seorang remaja lelaki etnik Muser, Chak Ehh, 18, mengucapkan dua kalimah syahadah.
Lebih mengharukan, remaja itu merupakan abang kepada pelajar Madrasah Yayasan As-Siddiqin, Saifullah, 15, yang sedang menuntut di madrasah berkenaan.
Proses pengislaman itu berlangsung dalam suasana penuh syahdu apabila Ustaz Ausman bertindak menerjemahkan lafaz dan maksud syahadah ke dalam bahasa Thai, manakala Saifullah turut membantu menjelaskan maksud pengakuan keimanan tersebut dalam Bahasa Muser kepada abangnya.
Kehadiran adik yang terlebih dahulu menerima pendidikan Islam di madrasah itu menjadi antara faktor yang membuka hati Chak Ehh untuk mengenali dan seterusnya menerima Islam sebagai pegangan hidupnya.
Peristiwa bersejarah itu disaksikan ahli rombongan serta penduduk kampung yang hadir, sekali gus menjadi bukti bahawa pendekatan dakwah melalui pendidikan, kebajikan dan ziarah mampu menyentuh hati masyarakat pedalaman secara berhikmah dan berkesan.
Perkembangan tersebut disifatkan sebagai antara hasil penting usaha dakwah berterusan yang dijalankan oleh pihak madrasah sejak sekian lama.
Menurut Farhan, kehadiran pelajar-pelajar sedia ada dari kampung tersebut yang p**ang menziarahi keluarga masing-masing turut memainkan peranan besar dalam melembutkan hati ibu bapa dan penjaga.
โMereka melihat sendiri perubahan yang berlaku kepada anak-anak yang belajar di madrasah.
โKeadaan itu memberi keyakinan kepada keluarga untuk membenarkan anak-anak mereka mengikuti pendidikan Islam dan tinggal bersama kami di madrasah,โ katanya.
Program tersebut turut menyaksikan suasana penuh emosi apabila pelajar-pelajar Madrasah Yayasan As-Siddiqin diberi peluang bertemu ahli keluarga masing-masing setelah sekian lama berjauhan.
Ada dalam kalangan mereka bertemu semula dengan abang, kakak, bapa saudara, ibu saudara dan waris terdekat yang tinggal di kawasan pedalaman itu.
Majoriti pelajar yang menuntut di madrasah berkenaan merupakan anak yatim dan berasal daripada keluarga yang serba kekurangan.
Pertemuan itu bukan sahaja mengubat kerinduan, malah mengukuhkan lagi hubungan antara pihak madrasah dengan komuniti setempat.
Sepanjang program berlangsung, Ustaz Farhan dan Mohd Aizat menyampaikan 100 bungkusan daging lembu hadiah serta pek makanan kepada penduduk Kampung Cha Pa.
Kanak-kanak p**a menerima goodies bag yang mengandungi pelbagai makanan ringan, keropok dan gula-gula.
Rombongan kemudian meneruskan perjalanan sejauh kira-kira 700 meter ke Kampung Cha Pa Bawah untuk menyantuni penduduk di kawasan tersebut.
Di kampung berkenaan, sebanyak 60 lagi bungkusan daging lembu hadiah dan pek makanan diagihkan kepada penduduk manakala kanak-kanak menerima goodies bag sebagai tanda ingatan.
Penduduk yang ditemui melahirkan rasa syukur dan penghargaan atas keprihatinan rakyat Malaysia yang sanggup meredah perjalanan jauh semata-mata untuk menyampaikan bantuan dan berkongsi kegembiraan Aidiladha bersama mereka.
Selesai program, rombongan bertolak p**ang ke Madrasah Yayasan As-Siddiqin dan sempat singgah di Masjid Fatimah Pakuk, Mueang Ban Du, Chiang Rai bagi menunaikan solat jamak takdim Maghrib dan Isyak secara berjemaah.
Program Jaulah, Dakwah dan Korban 2026 anjuran PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama Madrasah Yayasan As-Siddiqin dan Kump**an Jom Buat Baik itu membuktikan bahawa dakwah melalui kebajikan, pendidikan dan sentuhan kemanusiaan mampu membuka pintu hati masyarakat sekali gus memperkukuhkan syiar Islam di kawasan pedalaman utara Thailand.
31/05/2026
๐๐ถ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ ๐ง๐๐ฎ๐ป๐ธ๐
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Daulat Tuanku
Sembah Takzim Daripada:
Seluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM
โจ Lebih 250 umat Islam berhimpun menyemarakkan Aidiladha di Madrasah Yayasan As-Siddiqin, Chiang Rai ๐น๐ญ
130 Pelajar Madrasah Yayasan As-Siddiqin terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak golongan fakir miskin, saudara baharu, masyarakat kampung hingga para sukarelawan, semuanya disatukan dalam semangat ukhuwah, pengorbanan dan kasih sayang kerana Allah SWT dengan berhimpun menunaikan solat Hari Raya Aidiladha๐ค
Takbir bergema di bumi Chiang Rai, air mata keinsafan mengalir saat khutbah menyentuh hati tentang pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
โApakah yang telah kita korbankan demi agama?โ ๐๏ธ
Terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan dan sahabat dakwah yang terus menghidupkan syiar Islam di pedalaman Thailand.
RISEAP
Jom Buat Baik - JBB
29/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan Sultan Azlan Shah
Kuala Lumpur
51200
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |