Surau Hartamas

Surau Hartamas

Share

Surau Hartamas siap dibina dan digunakan mulai 2004. ia terletak di Taman Sri Hartamas (jalan Sri Hartamas 4).

29/05/2026

*آلسَّـــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّـــــهِ وَبَرَكَــــــــاتةُ*
*📚KULIAH SUBUH📚*

✒️PENCERAMAH : _Y.BHG MOHD KHAIRUL NI'MAT BIN DOLL KAWAID_(Peg.MAIWP)

✒️📚TAJUK / KITAB : KISAH NABI SULAIMAN APLIKASI MESYUARAT

✒️TARIKH : 30.05.2026
✒️HARI : SABTU
✒️MASA : 6:20 PM / SELEPAS SUBUH
✒️🕌TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA SURAU HARTAMAS

Photos from Surau Hartamas's post 27/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Program Ibadah Korban pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Terima kasih kepada para peserta yang telah menghadiahkan keseluruhan bahagian korban untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerima. Semoga segala amal kebajikan dan keikhlasan tersebut dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda serta diterima di sisi Allah SWT.

Kami merakamkan ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta ibadah korban atas kepercayaan, sokongan serta penyertaan yang diberikan. Semoga setiap ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan keberkatan buat semua peserta serta keluarga.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada seluruh barisan AJK, petugas, sukarelawan serta semua pihak yang bertungkus-lumus menyumbang tenaga, masa dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Segala penat lelah dan pengorbanan semua amat dihargai dan hanya Allah SWT yang mampu membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Kami juga mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang program ini berlangsung. Segala kelemahan akan diperbaiki dari semasa ke semasa demi memberikan pengurusan yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Inysa Allah😊.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir & Batin

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Lot 51012, Jalan Sri Hartamas 4
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 06:00 - 22:00
Tuesday 05:00 - 22:00
Wednesday 06:00 - 22:00
Thursday 06:00 - 22:00
Friday 06:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00