Halal.educate.yourself

Halal.educate.yourself

Share

halaleducateyourself is an online learning platform where knowledge and industry practices are shared with the community regarding Halal.

15/07/2025

Anda berminat tak mohon sijil Halal secara PERCUMA? Tapi mesti anda nak tahu syarat-syarat permohonan, kan?

Jom ikuti sesi penerangan melalui ZOOM pada 17 Julai ini! Mari daftar dan kami akan emel anda link ZOOM. Percuma saja! JOM JOM!

30/03/2022

Good news!!

Medical device scheme will be offered starting 1 April 2022.

Penawaran Pensijilan Halal Malaysia Bagi Skim Produk Peranti Perubatan

Adalah dimaklumkan bahawa Pensjilan Halal Malaysia Skim Produk Peranti Perubatan akan ditawarkan bermula 01 April 2022.

Berikut merupakan syarat dan keperluan Pensijilan Halal Skim Produk Peranti Perubatan :

1️⃣ Premis hendaklah memiliki Lesen Establishment yang masih sah daripada Medical Device Authority (MDA).

2️⃣ Produk peranti perubatan hendaklah memiliki Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan yang masih sah daripada MDA atau memiliki surat pengecualian keperluan pendaftaran peranti perubatan daripada MDA.

Hanya produk yang memenuhi kriteria berikut layak memohon iaitu:

🔸Wujud keraguan pada sumber bahan pembuatan atau ramuan yang berkemungkinan daripada sumber halal atau tidak halal;

🔸Produk untuk tujuan yang sama (similar intended purpose) seperti yang berikut :

- Produk dalam bentuk cecair;

- Produk jenis grafting;

- Produk jenis implants; dan

- Produk prosthetic (yang bersesuaian sahaja).

🔸Tidak mengelirukan sekiranya dipersijilkan; dan

🔸Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berwibawa.

Pihak syarikat atau pemohon hendaklah memastikan keperluan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020, Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020, MS 2636:2019 Halal Medical Device-General Requirements, Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) serta lain-lain perundangan dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan dipatuhi.

▶️ Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Skim Peranti Perubatan hendaklah dibuat melalui sistem MYeHALAL di www.halal.gov.my

Terima kasih

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 [email protected]
☎ 03-8892 5000/1
27 Syaaban 1443H
30 Mac 2022M
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

Photos from Halal.educate.yourself's post 23/03/2022

Bagi mengekalkan integriti produk atau perkhidmatan halal dengan berkesan, dan bagi meningkatkan keyakinan pelanggan, ia seharusnya bermula dengan melaksanakan sistem pengurusan yang berkesan, iaitu, Sistem Pengurusan Jaminan Halal, atau lebih dikenali sebagai HAS. HAS ialah sistem yang digunakan untuk memantau risiko halal, mengawal risiko halal, menambahbaik proses serta mencegah sebarang ketidakpatuhan dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan halal. HAS perlu dibangunkan, dilaksanakan dan dipantau secara berterusan untuk memberi jaminan bahawa produk yang dihasilkan, atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah halal.

Bagi pensijilan halal Malaysia, MHMS 2020 adalah garis panduan yang digunakan dalam melaksanakan HAS di dalam sesebuah syarikat. Di dalam MHMS 2020, dinyatakan sepuluh kriteria iaitu (1) polisi halal; (2) kawalan bahan mentah; (3) kawalan risiko halal; (4) kebolehkesanan; (5) jawatankuasa halal dalaman; (6) audit dalaman; (7) latihan halal; (8) semakan HAS; (9) analisis makmal dan (10) sertu.

Pemohon atau syarikat yang mempunyai perolehan jualan produk tahunan kurang daripada RM15 juta, dikehendaki mematuhi sekurang-kurangnya tiga kriteria, iaitu dasar halal, kawalan bahan mentah atau kawalan risiko halal dan kebolehkesanan. Manakala pemohon atau syarikat yang mempunyai perolehan jualan produk tahunan sebanyak RM15 juta dan lebih, mereka mesti mematuhi kesemua sepuluh kriteria.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuala Lumpur