Majlis Pendidikan PAS - MPP

Majlis Pendidikan PAS - MPP

Share

Majlis Pendidikan PAS (MPP)

Dewan Ulamak PAS Pusat | Dana PRU15 Ulamak 30/10/2022

SERUAN SUMBANGAN DANA PRU15 PASUKAN KEMPEN ULAMAK PAS PUSAT

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 261)

Marilah kita bersama-sama tambahkan kekuatan parti dengan Dana dan Kewangan untuk memenangkan PAS dan PN dalam PRU15 ini.

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan melalui pautan (link) di bawah:-
https://toyyibpay.com/Dana-PRU15-Ulamak

Atau terus ke akaun DEWAN ULAMAK PAS PUSAT : 👇🏻
BIMB : 14041010013119
Semoga Allah S.W.T melipat gandakan rezeki kita Tuan/Puan yang menyumbang dan diberikan keberkatan dalam kehidupan.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْراً كَثِيْراً .. باركم الله عليكم.

Dewan Ulamak PAS Pusat | Dana PRU15 Ulamak Pas**an Kempen Pilihan Raya Ulamak PAS Pusat RM

Photos 28/04/2020

Isu Pelarian Rohingya : Antara Agama, Kemanusiaan dan Politik - Presiden PAS.

Mobile uploads 28/04/2020

USRAH WHATSAPP SIRI2⃣9️⃣6️⃣

"MANUSIA SYAITAN DIBULAN RAMADHAN"

USRAH WHATSAPP SIRI2⃣9️⃣6️⃣

"MANUSIA SYAITAN DIBULAN RAMADHAN"

Dalam kitab Faidhu Al-Rahim Al-Rahman Fi Ahkam Wa Mawa'iz Ramadhan karya Dr. Abdullah bin Mohamed Al-Thoyyar menjelaskan bahawa jika sikap tercela masih menjadi amalan dibulan Ramadhan, nescaya munculnya manusia berperangai syaitan yang berkeliaran:

ففتش عن نفسك أخي المسلم هل أنت ممن أحسنوا قبل رمضان فزادوا فيه إحسانا على الإحسان، أم أنت ممن ضيع قبل رمضان فجاءه رمضان وما غير من أحواله شيئا، تبع هواه فأرداه وأطاع شيطانه فأغواه، وغدا سيندم على التفريط يوم لا ينفع الندم.

"Maka hendaklah kamu selidiki diri wahai saudaraku seislam. Apakah kamu tergolong daripada kalangan yang telah melakukan kebaikan sebelum Ramadhan, lalu mereka diberi kebaikan yang berlipatganda? Atau apakah kamu tergolong kalangan yang mensia-siakan hidupnya sebelum Ramadhan yang menyebabkan dia tidak berubah sedikitpun ketika tiba bulan Ramadhan? Dia lantas mengikut hawa nafsu lalu memusnahkan dirinya, tunduk kepada kehendak syaitani lalu menyesatkannya. Esok kamu pasti akan menyesal diatas segala ketelanjuran pada hari yang sudah tidak berguna lagi akan penyesalan".

Walaupun syaitan dibelenggu pada bulan Ramadhan akan tetapi sifat syaitani yang diwarisi dalam diri manusia masih kekal. Ini bermakna manusia berperangai syaitan masih berleluasa dibulan ini. Imam Al-Qurthubi dalam kitab Al-Mufhim Lima Asykala Min Talkhis Kitab Muslim menyatakan bahawa maksud syaitan dibelenggu itu ada tiga tafsiran:

i- Syaitan hanya dibelenggu bagi orang yang berpuasa dengan sempurna manakala orang yang tidak berpuasa atau berpuasa tetapi tidak memenuhi syarat yang ditetapkan akan tetap diganggu oleh syaitan.

ii- Syaitan dibelenggu dan tidak boleh menggangu orang yang berpuasa sempurna dan orang yang berpuasa tidak sempurna. Namun, ini tidak bermakna kejahatan tidak berlaku. Kejahatan boleh terjadi dengan adanya perangai manusia yang jahat seperti syaitan, atau adanya tabiat s**a melakukan kejahatan atau adanya orang yang tiada kesedaran agama.

iii-Syaitan yang dibelenggu adalah kalangan Maradah iaitu syaitan yang terlalu ganas dan jahat manakala syaitan/jin lain tidak dibelenggu. Ia juga bermaksud kurangnya kejahatan berlaku akibat pengaruh kuasa syaitan telah diberkas.

Sekiranya kita sudah terlanjur dan tidak berbuat banyak kebaikan sebelum Ramadhan, jalan untuk melakukan kebaikan masih terbentang luas pada bulan ini. Kuasa syaitan sudah diberkas manakala nafsu menjadi lemah kerana berpuasa, maka rebutlah peluang semaksima mungkin khasnya dalam mentadabur Al-Quran, memperbanyakkan sedekah, mencari malam Lailatul Qadar dengan ibadat serta mempertingkat amalan pada sepuluh akhir Ramadhan.

〰Asri ed-Diwanie
28 April 2020 / 05 Ramadhan 1441

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


318/A, Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur
50350