Surau Raudhatus Solihin
Community Organization
SkyAwani 3 Residence, No 2 Jalan Santuari Utama
53200 Setapak Kuala Lumpur
20/03/2026
🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙
Dari saf Kepimpinan Surau Raudhatus Solihin (SRS), kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh jemaah dan Qariah SRS.
Minal Aidin Wal Faizin, Mohon Maaf Zahir & Batin.
Andai sepanjang kami berkhidmat ada kekurangan, kesilapan, atau terkasar bahasa, kami dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon keampunan daripada semua.
Alhamdulillah… sepanjang Ramadan tahun ini, surau kita terus hidup dan meriah dengan kehadiran jemaah, dari iftar, terawih, qiamullail hingga ke malam-malam terakhir .
Semoga segala amal ibadah, sumbangan dan keikhlasan kita semua diterima dan diberkati oleh Allah SWT 🤲
Sesungguhnya, kekuatan surau ini bukan hanya pada pengurusan, tetapi pada kesatuan, ukhwah dan semangat hangpa semua yang sentiasa menyokong dan mengimarahkan rumah Allah ini ❤️
Di hari kemenangan ini, marilah kita sama-sama membuka lembaran baharu saling bermaafan, mengeratkan silaturrahim dan terus bersama memakmurkan surau kita
Raikan malam raya dengan penuh kesyukuran dan kebersamaan 🫶✨
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang, insyaAllah
20/03/2026
Takbir Raya Eksklusif SRS. Jom dengarkan. Pakat2 share naaa 🥰
Takbir Raya Syawal 1446H oleh Surau Raudhatus Solihin (SRS) Sky Awani 3 Saksikan Takbir Raya Syawal 1446H dari Kepimpinan Surau Raudhatus Solihin Sky Awani 3 dengan ahli jemaah SRS.Dibawakan dengan pimpinan Pengerusi Saudara Shah...
20/03/2026
Tahun nie Insya-Allah. Tahun paling sempoi hangpa dok support SRS. Moga2 allah memberkati rezeki hangpa dok kongsi dengan SRS. Tak banyak tak sikit semua allah nampak dan pasti ada ganjaran dariNya. 🤲❤️.
Malam nie start dah takbir raya. Standby. Mv esklusif dari SRS. 🥰
19/03/2026
Malam last terawikh. Esok xda daaaa. Tuh pun kalau esok raya. 🥰
Terima kasih nohh hangpa dok support SRS selalu sepanjang Perkampungan Ramadan tahun nie. Memang hangpa xrilekk 🥰
17/03/2026
Jejak Lailatulqadar SRS.
Kalau dah tertulis rezeki kita, tetap milik kita naa. Yakin dengan apa yang Allah dah aturkan 🤲
Cerita malam 27 ramadan Di SRS. Tenang. ❤️
Lauk sahur tuh xrilekk. Awai2 dah pekena nasi kandar nohhh 🥰
15/03/2026
Jejak Lailatulqadar malam tadi. Pejuang Qiamulai. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dosa kita semua aminn allahumaa aminn. Dari qiam solat sunat taubat, tasbih, zikirullah, sahur sampai ke subuh berjemaah. Moga Allah terima amalan kita semua. Aminnn.
Terima kasih kekanda kami Al Fadil Ustaz Syayuffi pimpin kami semua fighters SRS. Alhamdulillah.
Depa memang sempoiii 🔥
13/03/2026
Syukur Alhamdulillah. Depa masih steady istiqamah sampai ke penghujung Ramadan. Bukan senang nak kekal konsisten, tapi hangpa semua memang padu. Moga Allah bagi peluang kat kita semua jumpa malam Lailatulqadar tahun ni.
Ayuhh… Ramadan dah masuk fasa hujung. Tinggal beberapa hari ja lagi sebelum dia tinggai kita. Jom kita pecut sikit lagi amalan mana tau malam yang kita tunggu-tunggu tu ada dalam baki malam yang ada.
Min doa semoga Allah permudah segala urusan hangoa semua, murah rezeki, kuatkan kesihatan, dan bagi kita peluang rasa manisnya ibadah sampai ke penghujung Ramadan.
Jumpa di surau naa… kita habiskan Ramadan ni sama-sama. Sempoiii tapi penuh makna. 🥰
11/03/2026
Nak cakap satu ja… mak pak depa memang sempoi tahap xrilekk. Terima kasih nohh sebab dok selalu support SRS dari dulu sampai la ni. Hangpa memang steady, mai surau dengan hati yang baik, bawak anak-anak sekali bagi meriah rumah Allah.
Min doa moga hangpa semua sentiasa dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah. Jangan segan jangan malu bawak anak-anak mai ke surau naa... sebab kalau depa tak mai, sunyii jugak surau ni tanpa gelak tawa depa semua.
Surau ni memang tempat depa membesar sama-sama. 🥰
InsyaAllah… jumpa hangpa malam ni pulak naaa. Kita meriahkan lagi healing2 dekat surau sama-sama. 💜
11/03/2026
Pejam celik, pejam celik… Ramadan dah makin hampir ke penghujungnya. Terasa cepat sungguh masa berlalu. 😢
Tapi dalam waktu-waktu akhir ni lah Allah sediakan ganjaran yang sangat hebat, iaitu malam Lailatul Qadar — malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Setiap amal, setiap sedekah, setiap doa dan kebaikan yang kita buat pada malam-malam ini nilainya berlipat kali ganda di sisi Allah.
Jadi jom sama-sama kita hidupkan malam-malam terakhir Ramadan, gandakan ibadah, perbanyakkan doa dan sedekah. Mana tahu tahun ni Allah izinkan kita semua bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Semoga Allah terima segala amal kita sepanjang Ramadan ini.
Amin Ya Rabb. 🤲
10/03/2026
Misi memburu Malam Lailatul Qadar dah bermula 🔥
Malam ni jemaah kiriman Tuhan pakat mai x rilek. Surau meriah dengan langkah kaki hangpa semua. Terima kasih nohh sebab sentiasa support program di SRS.
Yang mai solat, yang mai dengaq tazkirah, yang mai tolong buat kerja… semua tu Allah kira sebagai amal.
Moga Allah permudahkan segala urusan hangpa semua, murahkan rezeki, tenangkan hati dan bahagiakan hidup di dunia sampai ke akhirat.
Semoga kita semua diberi peluang jumpa malam Lailatul Qadar tahun ni.
Amin Ya Rabb. 🤲
09/03/2026
Kaunter Zakat Fitrah SRS pun ada. Mana hat berdekatan mai bayaq zakat dekat depa nih nohh. Deoa kata buku 1 pun x habih lagi. Mai sat hangpa tolong habihkan buku depa nih. 🥰
09/03/2026
Misi Memburu Malam Lailatul Qadar 🔥
(Malam yang lebih baik dari 1000 malam)
Bermula malam ni naa…
Jom sama-sama kita rebut peluang di penghujung Ramadan ni.
Moga Allah bagi rezeki kat kita semua untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Yang sedikit amalan kita ni… Allah gandakan pahala berkali-kali ganda. 🤲
Semoga kita semua termasuk dalam kalangan orang yang dipilih untuk merasai keberkatan malam yang istimewa ni.
Amin ya Rabb. 🤲
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Kuala Lumpur
53200