Ismail Sabri Yaakob
Laman Facebook Rasmi YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (PM9)
Semalam saya mengunjungi acara buku terbesar di Malaysia iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) edisi ke-43 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur.
PBAKL kali ini menghimpunkan lebih 1,200 reruai yang menawarkan pelbagai judul terbaharu, buku-buku terlaris serta pelbagai program berkaitan sastera dan penerbitan. Menariknya, edisi tahun ini menampilkan Pahang sebagai Negeri Tamu dan Arab Saudi sebagai Negara Tamu.
Antara yang menarik perhatian saya ialah buku-buku yang diterbitkan dalam tulisan Jawi, yang memperlihatkan usaha memelihara dan memartabatkan warisan bahasa serta tulisan Melayu.
Saya juga singgah di reruai Pristine Pahang. Antara yang turut menarik perhatian saya ialah buku Fishes of Tasek Bera Pahang yang mengetengahkan kekayaan biodiversiti negeri Pahang. Pristine Pahang ini menampilkan pelbagai keistimewaan negeri Pahang termasuk eko-pelancongan, hasil bumi, urbanisasi desa dan warisan negeri.
Jom beramai-ramai memeriahkan pesta buku ini dan terus menyokong budaya ilmu serta industri penerbitan negara.
Semoga budaya membaca dan kecintaan terhadap ilmu terus subur dalam masyarakat serta melahirkan generasi yang berpengetahuan dan berdaya saing.
01/06/2026
Selamat Bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO di seluruh negara.
Persidangan Tahunan UMNO 2026 menghimpunkan seluruh perwakilan untuk memperkukuh ukhuwah, mematangkan pemikiran serta memperteguh iltizam perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.
Mudah-mudahan setiap perbincangan dan pandangan yang dizahirkan sepanjang persidangan ini dapat menyumbang kepada kekuatan parti serta kesejahteraan rakyat dan negara.
Bersatu. Bersetia. Berkhidmat.
Hidup UMNO!
01/06/2026
Merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.
Patik dengan penuh takzim menzahirkan doa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, keberkatan yang berpanjangan serta berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sembah takzim ini turut dipersembahkan bersama seluruh ahli keluarga dan kakitangan Pejabat Urus Setia Perdana Menteri Ke-9 serta Yayasan Keluarga Malaysia sebagai tanda taat setia dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Gawai bagi masyarakat di Sarawak yang menyambutnya. πΎβ¨
Hari Gawai menzahirkan kekayaan warisan budaya serta semangat kebersamaan yang menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat majmuk Malaysia.
Semoga sambutan Hari Gawai tahun ini terus menyemarakkan semangat muhibah, memperkukuh nilai kekeluargaan serta mengeratkan hubungan sesama kita.
βGayu Guru Gerai Nyamai.β πΎπ€π²πΎ
31/05/2026
Selamat Hari Wesak kepada Keluarga Malaysia yang beragama Buddha. πͺ·β¨
Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kedamaian kepada anda serta keluarga.
Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk Malaysia, serta mengeratkan hubungan sesama kita tanpa mengira kaum, agama, bangsa mahupun latar belakang. π²πΎ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Kuala Lumpur
54100