Budak Letrik
Pengembara bajet & penunggang skuter tegar impak dari gabungan semua hal yang diobseskan sejak kecil dulu. Tak ada kamera mahal. Tak ada asas fotografi.
Hobi apa yang sesuai untuk kanak² berumur 30+ tahun keatas?
Kalau di Kg Tupai, kami main kereta control! Nak mengail tak reti 🤣
Nak buat teh hijau atau 'green tea' padu versi balang? Ikut step ni!
1. Reneh 250g teh serbuk BOH cap Kuat Harimau + teh wangi ros 888 dalam 5 liter air.
2. Tapis teh. Masukkan susu pekat manis 2.5 KG atau 5 tin s**atan dia.
3. Kacau sebati. Masukkan Amina Thai Green Tea Flavoured Syrup (½ botol)
4. Tarik kasi berbuih. Masukkan susu cair 1 tin. Secubit garam.
5. Masukkan ais 1 beg atau ½ beg.
Siap!
Bila takdak kebun sendiri tapi teringin nak rasa pengalaman kutip durian dengan pekebun durian sepagi 😂
Masuk jalan offroad + kawasan bukit + auto mengah 🤣
Baru tau macam mana keadaan & penatnya tuan kebun durian cari rezeki.
Bonus hari ini :
Belajar & tengok perangkap landak, kenal umbut bayas & tepuih, jumpa ayaq terjun mini, pantang bila naik pokok petai.
Dapat 4 bakul pagi ni, petang sambung. Durian kampung tepi jalan dijual di Kg Tupai, S*k, Kedah. Mai rasa.
10/06/2026
Di kota, kematian sering diurus sunyi oleh helaian invois dan jadual pengurusan. Di kampung, kematian diurus dengan denyut nadi manusia.
Dengan muafakat yang bersimpul jauh sebelum azan subuh berkumandang mengumumkan pemergian.
Saban kali ada insan yang p**ang ke pangkuan Ilahi, malamnya tidak pernah sunyi di serambi rumah arwah.
Belum pun embun jatuh ke bumi, meja mesyuarat telah tersusun.
Di situlah suara tua dan muda berpadu, merencana amanah terakhir buat jasad yang kaku.
Siapa menggali liang lahad, siapa yang menyedia papan lahad, siapa memetik daun bidara di hujung dusun, siapa mengurus mandi dan kafan, siapa yang ditugas memasak gulai untuk dijamu.
Hingga ke saat imam melafazkan “berdirilah untuk solat jenazah” pada jam yang telah dipersetuju semuanya diputuskan dalam musyawarah, bukan melulu.
Inilah adab berjemaah yang diwarisi turun-temurun. Ia bukan upacara, tetapi roh bermasyarakat.
Duit sampul yang dihulur seusai solat jenazah bukan upah, bukan juga 'bidaah' yang dicerca tanpa usul periksa. Ia sedekah tak bernama, tanda kasih yang meringankan bahu waris yang sedang rebah.
Ia dipersetujui bersama, difahami bersama, kerana di kampung, aib waris ialah aib sekampung, dan beban waris ialah tanggungjawab bersama.
Malangnya ada suara dari jauh, dari layar telefon, dari menara batu yang laju menuding tanpa menyelami.
Datang tidak, duduk tidak, menggali kubur pun tidak, tetapi jari ligat menghukum.
Mereka tidak tahu bahawa sebelum sempat mereka menaip “bidaah”, orang kampung telah pun selesai berkira-kira tentang harga kain kafan, tentang anak yatim yang ditinggalkan, tentang kenduri tahlil hari ketiga.
Mereka tidak tahu bahawa “sampul” itu lahir dari mesyuarat, bukan dari nafsu menunjuk.
Maka basuhlah mata hati sebelum membasuh mulut dengan cemuhan.
Hormatilah sistem yang telah lama mendidik kita tentang fardu kifayah yang hidup, bukan sekadar dalam kitab. Di kota mungkin segalanya dibeli, tetapi di kampung, segalanya dipikul. Dipikul beramai-ramai, supaya waris tidak rebah seorang diri.
Kematian itu nasihat yang paling bisu.
Jangan biarkan mulut kita lebih bising daripada cangkul yang menggali. Jangan biarkan keyboard kita lebih tajam daripada papan keranda yang diketam.
Jika tidak mampu menggenggam cangkul, genggamlah adab. Jika tidak tahu cerita di balik tabir, bertanyalah sebelum menghakimi.
Kerana di kampung, kami tidak mengurus jenazah. Kami menguruskan kasih. Dan kasih itu, hanya difahami oleh mereka yang hadir dengan tubuh dan hati bukan sekadar hadir dengan komen.
Bermasyarakatlah, sebelum kita sendiri menjadi jenazah yang menunggu muafakat orang lain.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Address
Kuala Lumpur