JSI

JSI

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JSI, Financial Consultant, Tingkat 7, 566 Wisma Kah Motor, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

09/08/2019

Bulan bintang berseri-seri,
Terangi langit dimalam hari,
Ahad raya ke masjid jangan tak pergi,
Berapa ekor lembu korban tahun ini?

Haa jawab.. hehe

Jom Selamatkan Income mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua rakyat Malaysia yang beragama islam. Semoga ibadah korban tahun ini diberkati Allah.

03/08/2019

Waris berebut taknak jaga rumah arwah.

Ada harta dibiarkan berhabuk. Rumah kampung kalau dijaga rapi masih menjadi idaman Malaya. Kereta walaupun keluaran lama, service on time masih boleh digunakan jalan-jalan kampung. Dilelong sayang, dijual dapat ke kilang besi buruk agaknya. Akhirnya, rumah tiada tanda siapa empunya yang bernyawa. Arwah berharap semua anak jaga bersama.

Anak ramai pasti ada yang masih sayangkan harta peninggalan keluarga. Buat ubati rindu dan menggamit kenangan dulu-dulu, sayang nak lepaskan rumah pusaka. Namun, anak-anak kecil tadi semakin dewasa dan bekerjaya. Semakin berjauhan setelah berkeluarga.

‘Apa p**a saya seorang, kita semua kena jaga bersama rumah ini.’

Disini merungut takkan dia seorang saja menjaga, disana berkira habis duit diberi setiap bulan untuk pastikan halaman rumah kampung terjaga. Yang lain tiada masa kerana kekangan masa menziarah kampung. Apakah rumah tempat membesar sudah tiada nilai?

Semakin lama rumah dan kereta dibiarkan terabai, rumput laman panjang menjalar. Besi berkarat turut tersadai. Kini harta peninggalan tiada siapa heran malah tergantung sepi amanah arwah.

Inilah konflik harta yang sering berlaku dalam masyarakat kita, ibubapa mahu anak mereka berkongsi harta yang ada dan merapatkan ukhuwah adik-beradik p**ang ke kampung. Namun inilah yang terjadi, adik-beradik bertelingkah dan berenggang kerana harta warisan.

Sebab itu kita diberi pilihan untuk hibah harta. Dengan memberi hibah sebagai hadiah kepada pewaris atau sesiapa sahaja semasa kita hidup dan termaktub apabila kita mati. Tiada siapa boleh bersuara pertikaikan. Malah, hibah adalah penyelesaian terbaik supaya tiada lagi perebutan harta atau menuding jari.

Mencari penyelesaian keluarga anda? Boleh layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.

29/07/2019

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ke-VI
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Diperkenan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Semoga Allah s.w.t merahmati sepanjang pemerintahan Tuanku. Amiin Ya Rabb Al-Amiin.

Tulus Ikhlas,
Jom Selamatkan Income

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Tingkat 7, 566 Wisma Kah Motor, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
51200