DrLindalias.com

DrLindalias.com

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DrLindalias.com, Author, Kuala Selangor.

Photos from DrLindalias.com's post 20/01/2026

Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026 - 2035.

Kawan-kawan pensyarah semua, jom kita hadam bersama.

Nantikankan p**a pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 oleh Perdana Menteri Malaysia.

Photos from DrLindalias.com's post 27/06/2025

๐ŸŒ™ Maal Hijrah 1447H | Hijrah Bukan Hanya Perpindahan, Tapi Perubahan Jiwa ๐ŸŒฑ

Cuti Maal Hijrah ini, saya ditemani oleh dua orang anak seliaan yang terdiri daripada calon PhD dan Master, bagi meneruskan sesi bimbingan, muhasabah, dan perancangan masa depan.

๐Ÿ“– Setiap seorang daripada mereka membawa kisah HIJRAH tersendiri:

โžก๏ธ Hijrah dari rasa takut kepada yakin menulis.
โžก๏ธ Hijrah dari terumbang-ambing kepada terarah dan berdisiplin.
โžก๏ธ Hijrah dari rasa ragu kepada keyakinan.
โžก๏ธ Hijrah dari takut gagal kepada berani mencuba.
โžก๏ธ Hijrah dari zon selesa kepada medan perjuangan ilmu.

Sebagai penyelia, saya juga berHIJRAH.

โœ…Daripada melihat angka dan laporan, kepada memahami harapan dan impian.
โœ…Daripada menyelia, kepada menyemai.
โœ…Daripada hanya membimbing, kepada bersama berjuang.

๐ŸŒŸ Aspirasi dan harapan saya kepada anak-anak didik saya jelas: agar segala ilmu yang dibina, tidak terhenti pada kertas dan gelaran, tetapi kembali sebagai manfaat untuk ummah.

Kerana di penghujung hari, ilmu yang berkat adalah ilmu yang memberi dan menghidupkan.

๐Ÿ“ธ (GAMBAR: bersama pelajar PhD/Master, pelajar praktikal di sekolah)

Semoga tahun baru Hijrah ini membawa keberkatan, kekuatan, dan iltizam dalam perjalanan kita sebagai murabbi, sebagai pelajar, sebagai insan.

Jom Cakna OKU!

Photos from DrLindalias.com's post 29/04/2025

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ข๐—ž๐—จ ๐—•๐—ถ๐—น ๐Ÿญ - ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Alhamdulillah, semalam hadir sebagai Anggota Majlis dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi OKU (MKBOKU) 1/2025, yang dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Nancy Shukri, Menteri KPWKM.

Sebagai Anggota MKBOKU memegang portfolio ๐‰๐Š ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐‰๐Š ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง, saya sempat utarakan 2 perkara:

1. Ketiadaan program Pengurusan Hilang Upaya bagi kakitangan sektor awam yang tidak mencarum PERKESO (SOCSO). Pencarum PERKESO ada program khas dinamakan Return to Work (RTW) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Di UiTM kita sudah perkenalkan Prosedur Return to University (R2U), adaptasi daripada RTW. R2U merupakan program pengurusan hilang upaya yang pertama di universiti awam dan sektor awam.

2. Halatuju anak-anak OKU penerima Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM). SASM ini di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, bagi anak-anak OKU yang tidak mampu mengambil SPM.

Lepas mesyuarat masa sesi makan dan sembang-sembang, sempat juga saya luahkan pandangan โ€” harapnya dalam Bajet akan datang, bukan hanya golongan autisme, tapi semua kategori OKU lain pun dapat perhatian yang sewajarnya. Setiap OKU ada keperluan berbeza yang patut diberi ruang dan sokongan.

Doakan semoga usaha kecil ini membuka lebih banyak peluang untuk semua.

25/03/2025

๐ŸŒธ *Webinar Percuma Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2025* ๐ŸŒธ

Impian yang dicapai dengan semangat dan keteguhan hati boleh mengubah masa depan. Sebagai wanita, kita memiliki potensi yang luar biasa untuk mencipta legasi yang memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Tidak ada had untuk apa yang boleh dicapai jika kita bersedia untuk berusaha, berfikir secara kreatif, dan berpegang pada prinsip yang kukuh.

Jom sertai webinar eksklusif ini untuk meneroka bagaimana wanita boleh mengubah impian menjadi kenyataan! ๐Ÿ”ฅ

Topik: *Dari Impian ke Realiti: Mencipta Legasi sebagai Wanita Berinspirasi*
Hari: *Selasa*
Tarikh: *25 Mac 2025*
Masa: *10.00 pagi - 12.00 tengah hari*
Tempat: *Zoom* (Pautan akan diberikan selepas pendaftaran)

Sama ada anda seorang usahawan, pekerja profesional, atau individu yang ingin mencapai matlamat hidup yang lebih besar, webinar ini akan memberi anda inspirasi dan alat untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi wanita berinspirasi yang membawa perubahan!

Klik Link dibawah :
https://forms.gle/hvWS2cb2BhX11WTJ9
https://forms.gle/hvWS2cb2BhX11WTJ9
https://forms.gle/hvWS2cb2BhX11WTJ9

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-
๐Ÿง•๐Ÿป : wasap.my/60165044515 (Cik Fariha)
๐Ÿง•๐Ÿป : wasap.my/60167054515 (Pn Siti)

Ikhlas ๐ŸŒน
- Outreach & Special Task Department -
Law Practice of Junny Erfisyahry

25/02/2025

A new book published by SEAMEO SEN.

๐Ÿ“š๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐›๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ฒ-๐ˆ๐ง๐œ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ž ๐„๐๐ฎ๐œ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐ข๐ง ๐’๐จ๐ฎ๐ญ๐ก๐ž๐š๐ฌ๐ญ ๐€๐ฌ๐ข๐š: ๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐ข๐ง๐  ๐๐ซ๐ข๐๐ ๐ž๐ฌ ๐ญ๐จ ๐ˆ๐ง๐œ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ž ๐‹๐ž๐š๐ซ๐ง๐ข๐ง๐  - ๐๐ซ๐š๐œ๐ญ๐ข๐œ๐ž๐ฌ, ๐‚๐ก๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฌ, ๐š๐ง๐ ๐–๐š๐ฒ ๐…๐จ๐ซ๐ฐ๐š๐ซ๐๐Ÿ“š

This book discusses the scenario of Disability-Inclusive Education across Southeast Asia. Insya-Allah, it will be useful for those who wish to learn about Disability-Inclusive Education practices throughout the region.

The book contributors / writers (by country):
โœ…Dk Ratna Suriani Pg Hj Osman (Brunei Darul Salam)
โœ…Vuthy Vong (Cambodia)
โœ…Ahsan Romadlon Junaidi (Indonesia)
โœ…Houmphanh Keo Ounkham (Laos)
โœ…๐™๐™ค๐™จ๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™™๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ž๐™–๐™จ (Malaysia)
โœ…Allan Mesoga (Philippines)
โœ…Sharifah Mariam Aljunied (Singapore)
โœ…Kanit Pamanee (Thailand)
โœ…Nguyen Thi Kim Hoa (Vietnam)

Jom Cakna OKU!

Link of the e-book: https://link.seameosen.org/dieebook2024

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuala Selangor?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Culinary Team

Attire

Address


Kuala Selangor