Unit Spiritualiti HASA
Page ini adalah page rasmi Unit Spiritualiti Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Bimbingan dan khidmat nasihat agama
2. Pengurusan & pengimarahan surau utama
3.
07/11/2025
"PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN POSTER MAULIDUR RASUL"
Program Pertandingan Poster Maulidur Rasul telah dianjurkan oleh Unit Spiritualiti, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM (HASA). Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Dato' Dr. Khalid Ibrahim, Timbalan Pengarah Profesional dan Operasi Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM (HASA).
Pertandingan ini diadakan bagi meningkatkan penghayatan terhadap keperibadian Rasullah S.A.W. serta menjadikan akhlak Baginda sebagai contoh teladan terbaik dalam kehidupan seharian.
Alhamdulillah, sebanyak 19 penyertaan telah diterima daripada kalangan staf HASA, dan tempat pertama telah dimenangi oleh saudari Puan Aqilah Ridzal daripada jabatan Radiologi.
Semoga dengan segala usaha ini menjadi pemangkin untuk menyuburkan cinta dan kerinduan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
12/02/2025
PROGRAM CERAMAH ISRAK & MIKRAJ 1446H PERINGKAT HASA | 7 FEBRUARI 2025 | AUDITORIUM 1 HASA
Ceramah bertajuk "Solat Sebagai Penawar" telah disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Muhammad Fahmi Rusli, Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Semoga ceramah yang disampaikan dapat meningkatkan lagi keimanan kepada Allah SWT dan dapat dijadikan pedoman.
09/12/2024
[KURSUS LANJUTAN PENGURUSAN JENAZAH]
Unit Spiritualiti dengan kerjasama Jabatan Patologi Forensik HASA telah mengadakan kursus lanjutan pengurusan jenazah pada 7 Disember 2024 lalu.
Kursus ini telah disertai seramai 20 peserta yang terdiri daripada AJK khairat kematian atau team pengurusan jenazah masjid dan surau di daerah kuala selangor.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara pengurusan jenazah penyakit berjangkit atau jenazah yang tidak sempurna seperti terbakar, tidak cukup sifat dan lain-lain.
Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Nur Arina Ahmad pakar patologi forensik dari Jabatan Patologi Forensik HASA dan Ustaz Afif Izwan Nordin penceramah bertauliah Negeri Selangor dan KKM.
Diharapkan semoga semua peserta mendapat ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah, dan dapat memberi khidmat bakti kepada masyarakat di luar terutama ahli kariah masing-masing.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
Surau Hospital UiTM
Kuala
42300
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |