Dapur baba
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dapur baba, Cooking school, Changlun, Kuala.
08/02/2023
(52) Kaeng som pae sa pla chon
(Kaeng som pae sa ikan haruan)
Sawaddee krab tuk kon
Salam sejehtera semua
Baba nak bagi pulak satu resepi yg amat banyat customer order menu ni di restoran kat thailand jom kita masuk ke Dapur baba
Bahan-bahan
---------------
Ikan haruan 500 g. (1 ekor)
Minyak masak 5 cawan
Air kosong 5 cawan
Pes kaeng som 1 cawan (cara buat di bawah)
Kicap ikan 1/2 cawan
Gula somtam 2 1/2 sudu besar
Garam 1 sudu teh
Air asam jawa 1 cawan
Gubis cina potong 300 g.
Sayur pak kra ched 200 g. (kalau tak ada pun tak apa) or water mimosa in english
Bahan-bahan pes kaeng som pae sa
---------------------------------------
Cili besar kering buang inti rendam air 9 biji
Cili api kering 6 biji
Garam 1/2 sudu teh
Bawang merah kecik potong halus 1/2 cawan
Krachai (Temun kunci) 2 sudu besar
belacan 1 sudu besar
Isi haruan rebus 1/2 cawan
Cara masak
-------------
1. Kita buat pes dulu dengan tumbuk semua bahan sampai liat dan simpan dalam bekas sekejap
2.Cucikan ikan dengan garam dan air kapur merah untuk hapuskan bauan dan lumut pastu kita hiris di tubuh ikan sejalan dengan tulang kita hiris sedalamnya 1 inc. untuk apabila goreng isi dia akan berkembang eluk.
3. Letak kuali atas api mas**an minyak sampai panas pastu mas**an ikan goreng sampai masak kuning pastu angkat naik dalam bekas siap.
4.Letak periuk atas api mas**an air dalamnya dan masuk pes kaeng som tadi rebus sampai mendidih pastu buat rasa dengan kicap ikan gula garam dan air asam jawa kecap rasa jadi masam masin dan sedikit manis pastu mas**an kubis dan pak kra ched letak sekejap angkat dan padam api
5. Cara hidang kita letakan ikan dalam pinggan dan mas**an air kaeng som isi dan sayur diatasnya makan panas-panas dengan nasi putih dan telur dadar sedap sangat...
Selamat mencuba
https://instagram.com/dapur_baba_masakanthai?igshid=YmMyMTA2M2Y=
26/01/2023
(49) Yam mama tha lay / ยำมาม่าทะเล / Yam meggi seafood
Sawaddee krab tuk kon
Salam sejehtera semua
Menu yam ni lah yg jadi signature bagi masakanthai modern sbab jenerasi modern di thailand sangat s**a dengan menu yam so sekarang banyak kedai makan mula dari tepi jalan sampai shoppingmall dah bukak restoran yam. Ada banyak pelbagai jenis yam yg di jualkanya dan pelbagai topping dari murah sampai mahal. Tapi di malaysia belum ada lagi kedai yam yg fokus macam ni nanti kalau baba ada peluang bolehlaaa gi bukak itu kat sana.... jangan cakap banyak kita terus ke Dapur baba
Bahan-bahan
---------------
1. Meggi or Mama kering 1 biji
2. Udang 100 g.
3. Sotong 100 g.
4. Cili api potong kecik 5 biji
5. Air limau nipis 2 sudu besar
6. Kicap ikan 1 sudu besar
7. Tomato kecik 3 biji
8. Bawang holland 1/2 biji
9. Gula karat 1 sudu teh
10. Daun sup 1 pohon
11. Pohon bawang 1 pohon
Cara masak
------------
1. Kita celup lauk dan meggi dulu simpan dalam bekas
2. Buat air yam dengan mas**an cili, air limau nipis, kicap ikan, gula dan gaul sampai rata.
3. Mas**an air yam tadi dalam bekas lauk dan meggi kita kacau gaul sampai rata masuk pulak bawang holland , tomato daun sup dan daun bawang kecap rasa jadi masam manis pedas dan masin sedikit pastu hidang makan serta dengan nasi putih dengan ikan goreng kunyit pun boleh sedapp gileeer laa
Selamat mencuba..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Changlun
Kuala
05000