Projek AMAL Nusrah Prihatin

Projek AMAL Nusrah Prihatin

Share

Tanam benih amal didunia, pahala nya tak akan berhenti walaupun diri sudah tiada :) #SAHAMAKHIRATKITA

28/09/2022

SIAPA ITU ORANG MUKMIN

Hari ini kita dapat lihat, kehidupan kita dipenuhi hiburan. Kiri, kanan, depan, belakang ada hiburan. Tak perlu bersusah payah untuk berhibur.

Teknologi hari ini sangat-sangat memudahkan kita untuk mendapatkan segalanya. Lebih-lebih lagi dari segi hiburan duniawi yg unlimited.

Duduk di rumah pun boleh berhibur. Dalam bilik pun boleh berhibur. Bahkan keseorangan pun boleh berhibur. Segalanya di hujung jari sahaja.

Namun, apakah hiburan sebenar bagi seorang mukmin?

Hiburan mukmin adalah beribadah, mengingati Allah dan mengangungkanNya. Berbakti kepada manusia, tolong-menolong sesama manusia.

Walaubagaimanapun, berapa ramai yg menganggap semua ini adalah hiburan? Berapa ramai p**a yg menganggap semua ini beban?

Ya, ramai yg menganggap semua ini adalah bebanan. Sebab itulah semua ini menjadi susah untuk kita lakukan. Kerana tiadanya kemanisan melakukannya.

Jika kita mampu menjadikannya hiburan dan hobi kepada kita. Automatik hati kita senang, bila tidak melakukannya.

Susah hati kalau tidak membantu orang. Susah hati jika tidak banyak buat beribadah. Susah hati, jika tak mampu mendamaikan orang.

Hati juga menjadi gembira dan terbuka disaat menerima teguran. Bahkan timbul rasa sayang kepada yg menegur kesilapannya.

Secara tidak langsung, penderitaan orang lain akan jadi penderitaannya. Kesenangan orang lain, menjadi kesenangan nya. Itulah mukmin sebenarnya.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Besut
Kuala