Maidam Property
MAIDAM Property Sdn. Bhd.
03/06/2026
🤝 𝑲𝑼𝑵𝑱𝑼𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑯𝑶𝑹𝑴𝑨𝑻 𝑲𝑬 𝑷𝑬𝑱𝑨𝑩𝑨𝑻 𝑷𝑬𝑹𝑩𝑬𝑵𝑫𝑨𝑯𝑨𝑹𝑨𝑨𝑵 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑻𝑬𝑹𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑵𝑼
Alhamdulillah, MAIDAM Property Sdn. Bhd. telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu yang diketuai oleh Pengurus Besar, En. Wan Farid Imran bin Wan A. Latif.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik serta membuka ruang perbincangan yang lebih luas dalam usaha memperkukuhkan pembangunan dan pengurusan aset demi manfaat ummah dan negeri Terengganu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB. Dato' Pegawai Kewangan Negeri Terengganu atas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Semoga hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuhkan serta memberi impak positif kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang.
02/06/2026
🐄🌙 𝙄𝘽𝘼𝘿𝘼𝙃 𝙆𝙊𝙍𝘽𝘼𝙉 2026 / 1447𝙃 🌙🐄
Telah berlangsung Program Ibadah Korban Anjuran Kelab Reakreasi Sukan Dan Kebajikan MAIDAM Property Sdn. Bhd. bertempat di Gudang Ac gas Kubang parit.
Alhamdulillah, pelaksanaan ibadah korban berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi kepercayaan dan menyertai program korban bersama kami.
Semoga setiap titisan pengorbanan ini menjadi amal soleh yang diterima oleh Allah SWT, serta membawa keberkatan, rezeki yang melimpah dan kebahagiaan buat seluruh keluarga.
✨ Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
✨ Semoga kita dipertemukan lagi dengan ibadah korban pada tahun hadapan.
🐄🤲🏻✨
26/05/2026
🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙
Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, kami di MAIDAM Property ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dizahirkan membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama insan.
Ikhlas daripada
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah
& seluruh warga MAIDAM Property 🤍
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala
20100
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 15:30 |
| Saturday | 09:00 - 12:30 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |