MPP KUIPs
Laman ini akan memberikan anda maklumat dan info yang berkaitan.
18/02/2026
📢 HEBAHAN RASMI PELAKSANAAN PROGRAM GENERATION OF ULUL ALBAB (GOAL) SIRI 1/2026 & INDUKSI FASILITATOR 📢
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Untuk makluman seluruh warga kampus, pihak Jabatan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar telah berjaya melaksanakan Program Generation Of Ulul Albab (GOAL) Siri 1/2026 serta Program Induksi Fasilitator Sidang Akademik Februari 2025/2026 pada ketetapan berikut:
đź“… Tarikh: 3 Februari hingga 5 Februari 2026
📍 Tempat: Beris Lake Resort
Program ini telah berlangsung dengan jayanya, sekali gus telah mencapai objektif untuk membentuk kepimpinan mahasiswa yang holistik serta memperkukuh kemahiran fasilitator dalam mengendalikan program pembangunan pelajar.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kecemerlangan mahasiswa dan institusi pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
“ESKALASI THAQAFAH
MENYUBUR TARBIYAH”
Ikhlas daripada,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN
16/02/2026
HEBAHAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN (UniSIRAJ) SESI 2025/2026
Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) bagi sesi 2025/2026 telah berlangsung pada hari Sabtu, 17 Januari 2026.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Naib Canselor UniSIRAJ, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle, serta menandakan pelantikan rasmi barisan kepimpinan pelajar yang baharu untuk menggalas amanah dan tanggungjawab dalam mewakili suara mahasiswa serta menyokong aspirasi universiti.
Ucapan penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang telah dilantik atas kesediaan menerima amanah dan tanggungjawab kepimpinan ini.
Sehubungan itu, kami menyeru agar seluruh mahasiswa UniSIRAJ dapat memberikan sokongan dan kerjasama dalam membumikan hasrat dan misi universiti, iaitu Applied Sunnah dan Bi’ah Solehah, dalam kalangan warga UniSIRAJ. Semoga usaha ini dapat direalisasikan secara berterusan demi melahirkan generasi mahasiswa yang berilmu, berakhlak mulia dan berintegriti.
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN*
SIDANG AKADEMIK 2025/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Address
Kolej Universiti Islam Perlis, Taman Seberang Jaya 3
Kuala
02000