smashresourceoutlet
Smash Resource is a online business company located in Perlis
02/02/2026
Wow.. kini dah kopi tanpa gula, ganti dengan stevia dan serbuk buah kurma untuk memberikan tenaga tanpa bergantung kepada gula putih. Tawaran menarik untuk korang yang cut sugar.. Dgr² sekrang tgh promo. Pastu terus terang cakap, nk jadi affiliate produk ni pun boleh tahan asyuk.. Boleh klik link di bawah. Layan mata dulu..
1 Kotak - Skash Kopi Padu Premium Strong Aroma Coffee 10's Pack - TikTok Shop
25/10/2025
22 Ketulan Mampat G***a Cuba Diseludup Ikut Laluan Tikus
PADANG BESAR – Cubaan sindiket menyeludup 22 ketulan mampat g***a dan pil kuda menerusi tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di sini berjaya digagalkan Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.
Ketulan mampat g***a itu dijumpai dalam guni putih oleh anggota Kompeni B, Batalion 18 PGA, Pengkalan Hulu dalam Op Taring Wawasan Kedah/Perlis pada pukul 7.30 pagi semalam.
Pemeriksaan di kawasan sekitar turut menemukan satu tiub straw berisi lapan pil kuda yang disembunyikan dalam kotak rokok. Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, guni berisi dadah itu dipercayai cuba diseludup dari negara jiran ke Malaysia menggunakan laluan tikus.
“Sebanyak 22 kilogram (kg) g***a dirampas dianggarkan bernilai RM68,200, manakala lapan pil kuda bernilai RM80,” katanya di sini hari ini.
Katanya, dadah itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padang Besar untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya, Cawangan Risik Batalion 18 PGA akan meneruskan risikan bagi mengesan sindiket yang menjalankan aktiviti penyeludupan dadah di kawasan Padang Besar dan sepanjang laluan penugasan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis.
“Kita komited untuk terus mempergiatkan usaha mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan negara di Perlis dan Kedah. Briged Utara PGA tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang, khususnya melibatkan penyeludupan di sepanjang sempadan utara negara,” ujarnya.
Beliau turut menyeru masyarakat supaya menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Gambar : Guni yang mengandungi 22 ketulan mampat g***a yang cuba diseludup melalui tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, semalam. – Foto PGA
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Kosmo!
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Kuala
02000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |