Antara Coffee

Antara Coffee

Share

we serve fresh brew coffee, cakes, desserts, pastries and light foods.

19/10/2024

After a while, we are excited to have our own logo. Inspired by the word antara, the letter 'a, and two pieces of coffee beans, giving a meaning to where we started our small coffee cafe. In the middle of two big shops. Where, when people ask where our shop is located, herewith our answer is “Antara 99 Speedmart and Curtain Shop.”

Lets Jom Kopi Guys !

Location | Ijok, Selangor (Landmark: Petronas Ijok)
Open | 4.00 pm - 11.00 pm
Close | Monday

26/06/2024

Sedar tak sedar, hampir 2 tahun kami beroperasi, dan cuba untuk menyakinkan pihak berwajib yang kami serius dalam perniagaan ni.

Bermula dari permohonan pertama pada hujung tahun 2022 dan permohonan kedua pada pertengahan tahun 2023. Dari setup guna canopy sampai la setup guna kabin. Kedua dua permohonan kami telah di tolak oleh pihak majlis perbandaran.

Bermula dengan pencarian tapak yang sesuai, dan kawasan yang menepati piawaian majlis perbandaran, pelbagai pihak kami ajukan pelan perniagaan kami. Ada yang di terima, ada yang menolak.

Alhamdulilllah

Di tahun 2024 ni, kami di beri peluang untuk bertapak bersama sama Petronas Ijok untuk terus memberikan produk dan servis terbaik pada warga Kuala Selangor, khususnya di Pekan Ijok dan sekitarnya

Di lokasi baru, kami akan menaik taraf beberapa perkara untuk keselesaan pelanggan dan memberikan mood persekitaran yang santai.

Insyallah,
Kami akan mula beroperas di lokasi baru bermula July 2024.

*********

Yang mana nak ke Bestari Jaya atau Puncak Alam atau yang nak balik ke Kuala Selangor boleh dapatkan secawan kopi dari Antara Coffee en Cake supaya segar sikit mata tu bila drive 😁

Nak mudah, Waze / Google Map – “Antara Coffee & Cake” insyallah jumpa

18/02/2024

Perihal Grind Size

Bila berniaga outdoor ni, cabaran utama adalah grind size untuk coffee bean. Bacaan humidity dan suhu persekitaran mainkan peranan penting untuk pastikan extraction espresso tu berada di julat yang di inginkan

Sebab tu ramai yang beri nasihat, buat video dan tutorial untuk buat grinder calibration setiap pagi, tengahari dan malam. Kalau tak espresso akan under-extract / over-extract.

Di Antara Coffee en Cake, saya berpandukan BACAAN HUMIDITY sebagai rujukan bila perlu saya ubah grinder size.

Bean - ASK DUA
Grinder - Fiorenzato F64 Evo Pro

Humidity 40%~60%, 1.3 clicks
Humidity 70%~90% 1.4 clicks
(*click rendah - halus, click tinggi - kasar)

So far, ini pembolehubah yang saya gunakan.

Alhamdulilah pembolehubah ni tergunapakai untuk saya kekalkan standard espresso yang saya gunakan di kedai.

Walaubagaimana pun, deria rasa barista menjadi penentu akhir untuk julat espresso yang di inginkan.

Bagaimana yang lain.. share kan pendapat

13/02/2024

Susu

Di dalam bisnes coffee Antara, susu di gunakan dalam hampir 90% dalam menu minuman Antara.

Selain dari pemilihan jenama susu dan jenis susu, kualiti susu amat penting bagi memastikan setiap menu minuman di Antara berada di tahap yang terbaik dan konsisten, selari dengan RND yang telah Antara buat sebelum menjual sesuatu menu minuman.

~ Penggunaan susu ~

Buat masa ni, Antara menggunakan purata 6 carton atau 72 liter susu sebulan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Kedai-kedai coffee atau minuman lain yang menggunakan susu, dah tentu guna jauh lebih banyak dari Antara.

~ Masalah susu ~

Hari ini, Antara mengalami kejadian yang tak dapat di jangka, di mana susu baru yang masih jauh tarikh luputnya telah rosak di dalam botol yang masih kekal di seal dari kilang.

Seperti biasa, barista telah hasilkan sebanyak 4 cup minuman pelbagai menu dan diserahkan kepada customer seperti biasa, tanpa menjangkan apa-apa masalah.

Selang berapa minit, customer tadi telah datang semula dan mengajukan bahawa semua air yang di buat rasa masa & pahit.

Setelah di periksa, terdapat 3 botol susu dalam karton yang sama terpaksa di buang disebabkan perubahan rasa (masam & pahit). Walaupun tekstur & bau susu masih dalam keadaan baik, tidak menunjukkan tanda-tanda berketul atau berbau masam.

Antara bernasib baik, customer tersebut masih di kawasan kedai dan patah balik dan ajukan masalah susu rosak kepada Antara. Jadi Antara terus membuat permohonan maaf dan menggantikan semua minuman yang rosak kepada yang baru.

~ Pencegahan ~

Bagi memastikan kualiti bahan-bahan yang digunakan berada dalam keadaan yang terbaik, Antara akan menetapkan operasi standard kepada barista untuk sentiasa mencuba dahulu susu yang baru di buka, terutama dari segi rasa, bau dan keadaan fizikal susu tersebut, selain dari sistem First In First Out (FIFO). Walaupun jenuh nak cuba rasa setiap kali buka susu baru, tapi demi menjaga perniagaan, kena buat jugak.

Tak terhad pada susu sahaja, tapi pada semua bahan-bahan yang digunakan di Antara. Ini penting bagi menjaga kualiti setiap menu jualan agar tidak berlaku apa-apa keracunan makanan dan mengelakan kerugian dalam perniagaan.

Permasalahan ni jugak akan di ajukan pada pembekal susu bagi memastikan bekalan susu selepas ni berada dalam keadaan baik

~ Alhamdulilah ~

Ujian buat perniagaan Antara apabila terjadi hal-hal macam ni. Dan alhamdulilah Antara dapat customer memahami dan tak cepat melenting. Di kala zaman viral ni, boleh musnah sesuatu perniagaan kalau perkara-perkara macam ni di hebohkan dengan alasan content atau niat yang tak baik.

Semoga Antara cekal dalam menghadapi ujian dan rintangan di masa hadapan.. Insyallah

*********

Yang mana nak ke Bestari Jaya atau Puncak Alam atau yang nak balik ke Kuala Selangor boleh dapatkan secawan kopi dari Antara Coffee en Cake supaya segar sikit mata tu bila drive 😁

Nak mudah, Waze / Google Map – “Antara Coffee & Cake” insyallah jumpa

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Lot 1476, Simpang 3, Petronas, Simpang Tiga Ijok
Kuala
45620