Mohd Azlan
*SIM Prabayar Digi Wow Unlimited*
20/05/2024
Jam 10.30mlm....Tengah siap² nk kemas stall,api pun dah padam.
Datang sorang brader naik motor order 2burger ayam.
Brader tu cakap,kejap lagi dia datang balik ambik order tu sambil tinggal duit rm10 tanpa tinggalkan no phone.
Kitrg pun on la balik api dan siapkan order dia...settle siapkan order kami pun kemas off lampu dan tutup stall.
Brader tu masih xmuncul²..hati mula panas,klau tinggalkan burger ni xtau jadi ape plak nnti..
Tengok jam dah 11lebih ni.,esok kena keje lgi..
Tak lama brader tu sampai sambil senyum² tanye dah siap ke??Aku pun jwp dah siap,sambil hulur order dia dengan duit baki skali..
"Xpe dia kata,balance tu sedekah".
Allah,..."Terima kasih bang moga dimurahkan rezeki"
Terus sejuk hati aku yang panas tdi..dh boleh balik 🤣😁
Dapatkan 20gb percuma dengan pendaftaran sim Lite sekarang-
www.wasap.my/60132275263/free20gb
10/05/2024
Lama tak tulis pasal Sekinchan.
Aku rasa ramai yang tahu Sekinchan ni dah banyak homestay. Bukan banyak, tapi banyak sangat! Bersepah-sepah!
Cuma yang tak seronoknya, aku banyak la baca komen-komen di media sosial yang banyak homestay servisnya teruk.
Apa yang teruknya?
Setelah aku baca banyak-banyak komen, kemudian buat kajian dan ujikaji menggunakan ilmu kemahiran hidup yang aku belajar ketika tingkatan 3 dahulu, aku dapat la simpulkan rata-rata pelancong tak puas hati dengan...
Layanan!
Takdelah, bagi aku kekurangan itu ini homestay tu biasalah. Kadang-kadang tulis kat iklan homestay ada wifi, sekali pelanggan sampai, wifi-nya jadi tapai.
Kadang iklan tulis seterika disediakan, tengok-tengok rupanya seterika tu wayar dah tak ada, kena bawa lari tikus.
Kadang iklan tulis bilik berhawa dingin sejuk sangat macam aiskrim Mat Kool, sekali sampai hawa dingin takde, Hawa anak Haji Sudir je yang ada. Tu pun singgah kejap sebab hantar selimut dan wadai kipeng.
Masalah-masalah atas kelemahan manusia ni biasalah. Cumanya, banyak komen negatif ni punca bab layanan atau respon pada setiap masalah tu.
Contoh dalam iklan homestay, janji ada wifi-lah, basikallah, tapi bila yang dijanji tu tak ada atau ada masalah tiba-tiba, pemilik homestay lepas tangan, jawab acuh tak acuh, kemudian marah-marah seperti lepas kena scam tengok bekas aiskrim isinya ikan kembung.
Tapi yelah, kadang penyewa homestay ni pun banyak juga cengkadaknya!
Bayar Rm150 satu malam tapi nak bilik macam satu malam Rm1,500! Rm 150 tapi mintak jakuzi lah, private pool-lah, karaoke setlah, meja snukerlah, kuih batang buruklah!
Sebab tu kena faham juga, kadang ada yang buat homestay memang sebab nak meniaga. Jadi dia jaga homestay dia lawa-lawa, elok-elok seolah menjaga ikan yang sedang digoreng untuk diberi kepada kekasih.
Tapi ada juga yang buat homestay sebab nak untung sangat, tapi jaga lebih kurang je. Sinki sumbat, langsir patah pun tak nak betulkan. Dah tu whatsapp hari Isnin, balas hari Khamis.
Tapi letak kat iklan semua tip top condition! Fast response!
Mana penyewa tak menjadi Hulk!
Kesimpulannya, penilaian di media sosial penting sebenarnya lagi-lagi untuk tempat pelancongan macam Sekinchan ni. Sebab dari media sosial ni lah mungkin Selena Gomez nak datang homestay anda
Dah lah. Nak balik makan roti canai!
** Gambar anak aku ni di lokasi popular nak bergambar kahwin di Sekinchan. Padahal masa aku kahwin dulu, semak samun tempat ni. Kah kah kah!
Hatta Midy
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan Meranti Taman Malawati Jaya
Kuala
45000