Vertigo Awereness by Rsha
This page is all about VERTIGO AWERENESS. To get more about the informations click the button 'LIKE' and turn on the notification. Thank you
29/06/2020
Hai semua, selamat malam 🤗
Sambil kita buat rawatan untuk vertigo apa kata kita sama-sama cuba amalkan doa ni juga ⬇️⬇️⬇️
Yang mana selalu pening² kepala, migrain tu haa boleh lah amalkan juga. InsyaAllah kita usaha. Ingat segala penyakit datangnya dari Dia.
18/04/2020
Apa itu VERTIGO ???
Vertigo adalah suatu keadaan berpusing-pusing yang dirasakan luar biasa. Seseorang yang menderita vertigo akan merasakan sekelilingnya seolah-olah berputar, berpusing dan melayang. Ini disebabkan oleh gangguan keseimbangan yang berpusat di kawasan labirin atau rumah siput di kawasan telinga.
Apakah tanda-tanda atau simptom Vertigo ?
Antara tanda-tandanya ialah :
1. Seseorang yang mengalami vertigo akan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing
2. Tubuh badan terasa berdebar-debar
3. Telinga terasa berdengung
4. Pandangan kabur
5. Rasa mual tekak dan loya
6. Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat
7. Nadi berdenyut dengan cepat
8. Tidak dapat berjalan dengan lurus atau mengimbangkan badan
9. Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan (seolah hilang pendengaran)
Pada sesetengah orang mengangap ia hanya pening biasa tetapi tidak. Hanya yang mengalami sahaja tahu rasa sakit vertigo itu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Kuala Selangor