MyBreastpumpShop

MyBreastpumpShop

Share

Photos from MyBreastpumpShop's post 07/11/2023

Okay apa? Kanโ€ฆ

Setiap kali promote kesihatan, hantar utk org lain.

Nahhhโ€ฆpromote pada org paling dekat. Paling dear to my โค๏ธ.

Pastu, dah blast semua kat kakak-kakak, adik, ipar, kengkawan ๐Ÿ˜‚..bestfriend. Old friend, new friend.

Demi sihat ๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ™๐Ÿผ

Photos from MyBreastpumpShop's post 03/11/2023

PAYUDARA, BUKAN SEKADAR AKSESORI

๐“๐ก๐š๐ง๐ค๐ฌ ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐ญ๐ก๐ข๐ฌ ๐’๐ก๐š๐ซ๐ข๐ง๐  ๐๐„๐ข๐š๐ง๐ฌ.

Semua ciptaan Allah ada manfaat, dan manfaat dari payudara adalah sangat besar.
Dari situlah bayi dapat nutrisi pertamanya, menjadi sumber sistem imunnya yang terkuat.

Sepanjang tempoh penyusuan, ibu mudah mendapat masalah di payudara. Antaranya
๐Ÿฅน bengkak susu,
๐Ÿฅน jangkitan,
๐Ÿฅน eczema,
๐Ÿฅน belum lagi sentuh bab supply susu yang naik turun.

Namun perlu difahami, payudara dan sistem penyusuan ini ada kondisi optimal yang perlu dijaga. Contohnya bakteria baik dalam saluran susu, otot yang bekerja dengan bagus dan pengaliran darah yang baik.

Selain itu, di bahagian payudara juga ada banyak saluran limfa, yang bertanggungjawab untuk
โค๏ธ membuang toksin,
โค๏ธ mengawalatur askar dalam badan untuk lawan jangkitan,
โค๏ธ mengawal pengaliran cairan dalam badan, dan
โค๏ธ mengasingkan sel yang tak normal (i.e pre-cancerous cells).

Pentingnya payudara, dada, dan kawasan sekitarnya yang kita selalu lupakan.

๐Ÿ˜ฃ Kita pakai baju dalam yang tidak menyokong, atau yang terlalu ketat.
๐Ÿ˜ฃ Kita pakai p**a deodorant yang banyak aluminium dan bahan kimia.
๐Ÿ˜ฃ Tidur tanpa postur yang bagus.
๐Ÿ˜ฃ Tidak lakukan senaman untuk buka saluran limfa.
๐Ÿ˜ฃ Makan makanan yang tinggi lemak dan transfat.

Semoga lepas ini kita lebih cakna dengan kesihatan payudara.

๐Ÿซถ Pakai pakaian dalam yang membantu kesihatan dan kelancaran darah serta saluran limfa (seperti AULORA BRA!! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜)
๐Ÿซถ Pilih deodorant tanpa aluminium dan bahan kimia merbahaya (saya pakai Deo Mg Elementz)
๐Ÿซถ Kerap lakukan senaman dan urutan untuk lancarkan saluran limfa pada area payudara
๐Ÿซถ Pastikan makan makanan sihat
๐Ÿซถ Kawal stress dengan baik
๐Ÿซถ Jaga postur sewaktu menyusu

๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ๐—” ๐—•๐—ฅ๐—”, ๐—•๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐˜๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ท๐—ฎ ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐˜๐˜๐—ด ๐—”๐˜‚๐—น๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ป๐—ถ :

http://bit.ly/TentangFIR







Coming soon next week!
Jangan terlepas peluang ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Kredit post buat :

Dr Aimi Jaafar
Doktor Perubatan
Kaunselor Penyusuan
BE international Diamond Ambassador

Yang nak share, boleh copy paste tapi kredit kepada Dr Aimi ya ๐Ÿฅฐ

09/08/2021

Panduan dan maklumat PHM utk ibu hamil

Setelah lebih setahun kita berada dalam tempoh pandemik, kini data penyelidikan semasa menunjukkan bahawa wanita hamil dengan C-19 mempunyai risiko lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital, mengalami komplikasi teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi berbanding wanita yang tidak hamil.

Perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebarang jangkitan pada wanita hamil biasanya akan memberi implikasi lebih buruk.

Semasa tempoh kehamilan, rahim yang semakin membesar akan menghimpit otot pernafasan diafragma, hal ini akan mengurangkan keupayaan paru paru. Paru paru juga perlu bekerja keras lebih dari biasa dengan bekalan oksigen yang perlu dibahagikan antara ibu dan janin.

Selain itu, tempoh kehamilan adalah fasa imuniti tubuh rendah. Perkara ini terjadi supaya tubuh membenarkan perkembangan janin dalam rahim.

Berita baiknya adalah bahawa bayi kebanyakannya terhindar dari jangkitan pernafasan yang teruk. Sampel dari plasenta, tali pusat dan darah dari ibu dan bayi menunjukkan bahawa virus jarang menyeberang dari ibu ke bayi.

Namun jangkitan pada ibu menyebabkan risiko kelahiran pra matang. Hal ini menyebabkan bayi mempunyai pelbagai risiko komplikasi lain selain dari jangkitan C-19.

Tempoh pandemik adalah fasa yang cukup mencabar untuk semua masyarakat termasuk wanita hamil. Oleh itu, perlindungan berganda perlu diamalkan oleh wanita hamil dan ahli keluarga lain.

Sama sama kita doakan keselamatan ibu ibu hamil, besar sungguh pengorbanan mereka bertarung nyawa untuk membawa kehidupan baru insan lain.

03/07/2021

๐Ÿ’•๐Ÿ’•

Want your practice to be the top-listed Clinic in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


BANDAR PUNCAK ALAM
Kuala
42300

Opening Hours

Monday 19:30 - 23:00
Tuesday 19:30 - 23:00
Wednesday 19:30 - 23:00
Thursday 19:30 - 23:00
Friday 19:30 - 23:00
Saturday 19:30 - 23:00
Sunday 19:30 - 23:00