MPMKUDQI

MPMKUDQI

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPMKUDQI, Community College, Markaz Tarbiyyah PAS, Kubang Lembek, Manir, Kuala.

Photos from MPMKUDQI's post 24/04/2026

[HARI PENGETAHUAN DAN SILATURRAHIM]

Alhamdulillah, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMKUDQI) telah berjaya menganjurkan program Hari Pengetahuan dan Silaturrahim yang bertujuan menghubungkan ilmu serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan pelajar, khususnya pelajar semester baharu.

Program ini telah dihadiri dengan penuh semangat oleh para pelajar baharu yang mengambil peluang untuk mengenali suasana pembelajaran serta membina hubungan yang baik antara satu sama lain. Slot perkongsian ilmu telah diisi oleh Timbalan Pengarah 1 Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Suhaimi bin Abd Wahab, serta sesi kaunseling oleh Ustaz Zhafri Amali bin Amaladin, yang memberikan banyak nasihat, panduan serta motivasi kepada para pelajar.

Pelbagai pengisian bermanfaat telah dikongsikan, antaranya kepentingan menuntut ilmu dengan ikhlas, menjaga adab sebagai penuntut ilmu, serta membina jati diri yang kuat dalam menghadapi cabaran sepanjang pengajian.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah unggul dari segi sahsiah dan ukhuwwah.

"Mahasiswa Rabbani Teras Kebangkitan Ummah"

Photos from MPMKUDQI's post 15/04/2026

[Majlis Sambutan Hari Raya KUDQI 1447H]

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Sambutan Hari Raya KUDQI 1447H yang dianjurkan oleh pihak staf KUDQI dengan kerjasama MPM KUDQI serta penglibatan para pelajar.

Majlis yang penuh kemeriahan ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Ustaz Wan Abdullah dan Ustaz Wan Salleh, bersama-sama seluruh warga staf KUDQI yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Suasana majlis dipenuhi dengan semangat ukhuwah, kegembiraan dan saling bermaafan bersempena bulan Syawal yang mulia. Pelbagai juadah disediakan serta dikongsi bersama, menambahkan lagi kemesraan antara semua yang hadir.

Semoga majlis seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga KUDQI serta menjadi asbab kepada keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

“Raya diraikan, Ukhuwah dieratkan.”

17/03/2026

Penerangan berkaitan kos diploma Usuluddin by Ustaz Zhafri Amali Bin Amaladdin (Pensyarah Jabatan Usuluddin
KUDQI)

17/03/2026

📢PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIBUKA KEMBALI

Pengambilan pelajar baharu Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQl) sesi 25/26 kini dibuka kembali.

📚Kemasukan pelajar adalah selepas Hari Raya Aidilfitri.

Rebut peluang untuk menyertai pengajian dalam suasana pendidikan Islam yang berteraskan ilmu, tarbiah dan pembinaan sahsiah.

📞Sebarang pertanyaan atau pendaftaran boleh hubungi pihak pengurusan.
PEJABAT
(09-6154624 / 011-6326 2551)

PEMBANTU TADBIR
(019-928 3551)

>

Want your university to be the top-listed University in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Markaz Tarbiyyah PAS, Kubang Lembek, Manir
Kuala
21200